“Saya Nak Gaduh,” Wanita Minta Cerai Sebab Suami Tak Pernah Marah

Macam-macam kes punca penceraian rumah tangga kita dah pernah dengar. Sebab suami tak bagi nafkah, tak tunaikan tanggungjawab atau suami baran. Namun, lain pula kes berlaku di India apabila seorang wanita minta cerai gara-gara suaminya terlalu penyayang. Memang pelik, tapi ia benar-benar berlaku.

Ceritanya begini, wanita itu berasa rimas kerana suaminya sangat baik dan tidak pernah memarahinya walaupun dia kerap kali melakukan kesilapan. Sepanjang 18 bulan hidup bersama, wanita itu mengakui muak dengan suaminya yang selalu melafazkan perasaan cinta.

BACA: Sadis! Lepas Diceraikan, Ibu  5 Anak Kecil Tidur Dalam Kereta 5 Hari

Sumber: News18

“Kadang-kadang dia masak untuk saya dan tolong saya buat kerja rumah. Setiap kali saya buat salah dia akan maafkan saya. Saya nak bergaduh dengan dia,” katanya wanita itu.

Wanita itu tidak mahu lagi meneruskan perhubungannya kerana suaminya itu selalu menuruti apa keinginannya. Tak pernah bangkang langsung.

Mahkamah menolak pemohonan cerai wanita berkenaan dan menyifatkan perbuatan itu sebagai melulu. Bukan itu sahaja, mahkamah meminta agar pasangan itu menyelesaikan sendiri masalah rumah tangga mereka.

BACA: Suami Tak Suka Mandi Antara Punca Banyak Penceraian Berlaku Di Malaysia

Ini bukan pertama kali kes sedemikian dilaporkan. Sebelum ini pun ada wanita yang meminta cerai kerana rasa ‘lemas’ kerana suaminya terlalu menyayanginya.

Betul la kata orang, kita kena ada gaduh sikit dalam perhubungan barulah cukup asam garam kehidupan. Kalau terlalu baik pun bosan juga, kan? Apa pun, hargailah pasangan anda sebaiknya. Jangan nanti dah hilang, baru nak menyesal..ye dak?

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: news18

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna