“Saya Keguguran,” Wanita Perlu Kembali Tabah Walau Tak Mudah Terima Ketentuan

Tak sabar nak tunggu anak keluar lagi 2 bulan. Bilik anak pula sudah dihias dengan cantik. Ada katil bayi, ada mainan dan buku untuk dibacakan kepada anak walaupun dia belum faham apa-apa. Namun manusia hanya merancang, tapi Tuhan yang menentukan,

Tiba-tiba anak dalam kandungan tidak bergerak. Bila bawa berjumpa doktor, disahkan anak dalam kandungan sudah tiada. Malah, menurut kajian, terdapat kira-kira 2.6 juta kelahiran mati setiap tahun. Sebagai ibu, tentu sahaja peristiwa ini begitu menyedihkan.

Kesihatan mental ibu semasa keguguran sangat terganggu. Namun, sokongan , cinta dan rawatan pasangan yang baik akan membuatkan ibu mudah menerima kenetuan dan rasa sakit itu.

via GIPHY

Apa yang sebabkan kematian bayi?

Pasangan yang sudah berkahwin perlu mengetahui komplikasi kehamilan yang mungkin boleh menjadi punca berlakunya keguguran. Ada sebab doktor menggalakkan ibu yang hamil menjalankan pemeriksaan kehamilan dan buat pemeriksaan rutin. Ini kerana kandungan berpotensi:

  1. Komplikasi kehamilan, kecederaan semasa hamil, keradangan dan jangkitan
  2. Plasenta mengalami keradangan dan jangkitan
  3. Masalah tali pusat
  4. Ibu mengalami diabetes, tekanan darah tinggi dan obesiti.

Bagaimana nak atasi kesedihan selepas keguguran

Bersedihlah

Normal untuk anda berasa sedih kerana anda sudah lama menjalinkan hubungan dengan anak di dalam kandungan selama berbulan-bulan. Anda bercakap dengannya, mengusapnya atau membayangkan bagaimana agaknya wajahnya nanti. Jadi, tak mengapa untuk bersedih.

via GIPHY

Bukan salah anda

Anda kena ingat bahawa ini semua ketentuan. Pergilah berjumpa doktor supaya anda boleh memahami keadaan dengan lebih baik. Bukan itu sahaja, anda pun boleh mempersiapkan masa depan anda.

Fikir tentang pasangan

Ingatlah bahawa pasangan anda pun mengalami trauma yang sama ada kehilangan ini. Mungkin suami anda nampak tidak sedih. Tapi lelaki dan perempuan menunjukkan rasa sedih mereka berbeza-beza tau.

Jaga kesihatan fizikal

Penting juga untuk anda memastikan fizikal anda berada dalam keadaan sihat. Kesihatan yang baik boleh diambil dengan makanan yang seimbang. Bila apa yang kita makan adalah makanan yang sihat, maka hormon kita pun akan sihat.

via GIPHY

Rancang kehamilan kedua

Anda disarankan untuk merancang kehamilan kedua terlebih dahulu setelah mendapatkan nasihat doktor bagi memastikan keselamatan sepanjang kehamilan. Pastikan emosi anda pulih dengan bantuan keluarga dan rakan-rakan untuk menjadikan hidup anda lebih baik.

Tidak mudah untuk menerima ketentuan. Namun, pasti ada hikmah yang terjadinya semua ini. Semoga kehamilan seterusnya akan membuatkan kita lebih bersedia dan bahagia.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: theasianparent

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna