Saya Diet Tapi Berat Sikit Pun Tak Turun. Stres!

Ramai yang ingin kurus mengelak untuk makan nasi dan makanan berlemak juga manis. Ada yang terlampau ekstrem ingin cepat kurus tanpa perlu bersusah payah bersenam dan menjaga pemakanan, ramai yang tidak teragak-agak membeli produk menguruskan badan disebabkan terpengaruh dengan testimoni. Kononnya dengan cara itu berat badan akan turun dengan mudah. Ya! boleh jadi mudah, tetapi berat yang konon hilang dengan cepat dan mendadak itu sebenarnya kebanyakan yang hilang adalah air saja. Sedangkan tujuan penurunan berat badan adalah mengurangkan lemak dalam badan.

Sumber Foto: tasteforlife.com

Ada juga yang diet beriya mengikut beberapa jenis diet tertentu, tetapi sayang langsung tidak menunjukkan sebarang penurunan. Walaupun sudah berlapar atau mungkin berhari-hari cuba makan makanan ‘tidak sedap’ jarum penimbang langsung tidak berubah.

Untuk mengamalkan gaya hidup sihat, tiga waktu makan utama iaitu sarapan, makan tengahari dan makan malam harus diambil. Untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan, sangat penting mengawal kuantiti makanan. Untuk diet yang betul, secara asas dalam menu utama seharusnya mengandungi karbohidrat, protein dan ditambah serat dari sayur-sayuran, buah dan produk bijirin penuh. Keseimbangan makanan, kuantiti lemak dan gula juga perlu dititik-beratkan dalam pengambilan seharian.

via GIPHY

Penurunan berat badan juga akan menjadi lebih baik dan efektif sekiranya dilakukan bersama senaman. Senaman adalah pelengkap kepada penjagaan diet seterusnya membantu meningkatkan stamina, jisim otot, menguatkan otot jantung dan membakar kalori.

Kurus Dengan Sihat!

Sumber Foto: pexels.com

  • Cuba pilih snek berkhasiat di antara waktu makan utama untuk mengelak daripada kecenderungan mengambil makanan lain dalam kuantiti yang banyak.
  • Makan tiga kali sehari bersama snek sihat satu hingga tiga kali di antara waktu makan.
  • Pastikan kuantitinya kecil dan pilih makanan berkualiti yang mampu membantu anda menurunkan berat badan secara sihat.
  • Pastikan makanan kurang berminyak dan seimbang merangkumi karbohidrat, protein dan serat dari sayur dan buah.

Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai tubuh badan, diet dan kesihatan solekan layari podcast Ais Kacang – Bro Sis Sado. Mahu sado ? Bermimpi untuk mendapat susuk tubuh yang menarik? Semuanya bakal terjawab dalam BroSis Sado bersama Nana Al-Haleq dan Nik Mohd Fadhil. Klik di sini

 

Sumber: hafizmohd.com  hmetro

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna