“Saya Di Sini,” Suami Pegang Kadbod Temani Isteri Dari Tingkap Hospital

Ketika wabak koronavirus (Covid-19) melanda negara, pelawat tidak dibenarkan mengunjungi hospital. Itu adalah undang-undang yang digunapakai oleh semua hospital bagi mengelakkan penularan.

Tapi ini ada cerita yang memang manis habis. Seorang lelaki bernama Albert Conner dilihat menunggu di luar hospital sehingga isterinya selesai rawatan kemoterapi.

Isterinya, Kelly Conner, 40, dikatakan menghidap penyakit kanser payu dara. Albert tetap menunggu isterinya di luar hospital berdepan dengan tingkap bilik rawatan kemoterapi.

Albert juga menulis di kadbod dengan kata-kata;

“Saya tidak boleh bersama kamu tetapi saya ada di sini. Saya sayang kamu.

“Terima kasih kepada semua kakitangan,” katanya.

Tindakan Albert membuatkan Kelly terharu kerana pada hari tersebut, dia memandu sendirian ke hospital dan tidak menyangka suaminya mengekori malah menemaninya dari jauh.

Ini barulah dikatakan cinta sejati. Setia bersama isteri berjuang melawan kanser bersama-sama. Semoga isterinya diberikan kesembuhan dan cinta mereka akan mekar ke akhir hayat.

Cinta memerlukan pembuktian dan inilah yang dilakukan Albert untuk isterinya. Anda bagaimana?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Sinar Harian

Tags: , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna