“Saya Dah Penat,” Dai Farhan Lafaz Cerai ‘Isteri Aura Ke-19’ Yang Hamil

Lama betul tak dengar nama Dai Farhan yang pernah menggemparkan Malaysia dengan perkahwinannya bersama seorang doktor di Mekah tahun lalu. Kini nama itu kembali lagi menerjah laman sosial apabila Dr Erin mengakui sudah bercerai dengan pendakwah terkenal itu. Aik, apa dah jadi ni?

Dalam sebuah kapsyen Instagram yang panjang lebar, doktor itu mengakui bahawa ustaz telah melafazkan cerai pada 27 April yang lalu atas kerelaanya sendiri. Ia adalah hasil kesepakatan dirinya sendiri, ustaz dan juga bekas madunya.

“Penceraian ini saya yang minta sebab saya dah penat dengan episod kejap kata nak rujuk kejap nak cerai. Lepas tu tak jadi cerai dan ajak madu berbaik dengan saya. Kejap nak cerai balik. 

BACA:Sayang Redha Abang Kahwin Lain Tapi … Isteri Dai Farhan Minta Jangan Viralkan Perkahwinan

Saya tahu ustaz serba salah sebab itu saya pilih untuk diceraikan dengan rela,” katanya.

Katanya lagi, pada bulan Februari lalu dia mengizinkan suami untuk kembali ke rumah bekas isterinya untuk menziarahi anak-anak.

Tapi pihak mentua bekas isteri mengizinkan untuk Dai Farhan duduk bersama dengan anak mereka dengan syarat dia mesti menceraikan Dr Erin.

“Oleh sebab saya sayangkan ustaz, saya minta ustaz bawa saya jumpa mak ustaz dan bekas madu untuk saya serahkan semula ustaz.

“Saya mengalah dan tak berharap apa-apa cuma tunggu masa nak diceraikan saja,”

Sumber: Malay Mail

Sebelum mengakhiri kapsyen di Instagram, Erin meminta agar tidak ada lagi pihak yang mengaitkannya dengan Dai Farhan lagi selepas ini. Dia turut memohon maaf kalau ada pihak yang pernah terguris hati dengan perkahwinannya dengan Farhan.

Tak tahu nak rasa apa dengan cerita ini. Kadang kita kena lepaskan orang yang kita sayang supaya dia boleh hidup tenang. Mungkin juga selama ini kita mencintai orang yang salah kerana semua benda rasa macam serba tak kena.

Apa pun, semoga Dr Erin bertemu seseorang yang lebih baik di masa mendatang dan single. Omo! Secara tiba-tiba teringat akan jalan cerita drama korea viral The World of The Married. Walau berbeza jalan cerita  tapi seakan lebih kurang! Mungkin ini suatu kebetulan…

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Mstar

 

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna