“Saya Cabar Al Jazeera Berikan..” Ismail Sabri Sangkal Tuduhan Malaysia Layan Imigran Macam Anjing

Beberapa hari ini kecoh di laman sosial apabila media antarabangsa Al Jazeera menerbitkan sebuah dokumentari berdurasi 30 minit menceritakan betapa kejamnya kerajaan Malaysia melayan golongan imigran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Dalam video tersebut memaparkan warga asing meluahkan perasaan mengatakan pihak berkuasa Malaysia melayan mereka seperti anjing. Terdapat juga individu lain yang menceritakan dia dihalang  untuk bertemu rakan mereka dan ada ahli keluarga mereka yang trauma dengan cara penahanan yang dilakukan pihak berkuasa.

BACA: Jumlah PATI Keseluruhan Di Malaysia Adalah 4 Juta?

Dalam sidang media hari ini, Menteri Pertahanan Ismail Sabri menyifatkan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan Al Jazeera adalah berniat jahat dan mengelirukan.

Layanan macam anjing

“Antara perkara yang dibangkitkan dalam video tersebut  ialah layanan kita kepada pendatang asing tanpa izin. Ia bermula apabila semua PATI dan rakyat tempatan dikurung bagi menghalang penularan COVID 19 dibawah Perintah Kawalan Pergerakan.

Tuduhan mengatakan kita mengurung secara tidak adil. Itu tidak benar. Bukan hanya PATI yang dikurung tetapi termasuklah pusat tahfiz dan perkampungan di hulu langat. Ia dilakukan bagi untuk memastikan mereka diselamatkan,” katanya.

BACA: 1044 PATI Indonesia Dihantar Pulang, Kini Seramai 416 Warga Asing Positif COVID-19

Kami tanggug kos rawatan

Ismail Sabri turut mengatakan bahawa pihak kerajaan menanggung kos setiap individu membuat saringan termasuklah jika individu berkenaan adalah dalam kalangan PATI.

“Ini adalah SOP yang dikenakan kepada semua. Tak betul kalau nak kata layanan itu tak adil,” sambungnya.

Kita tak bersifat perkauman

Menurut Ismail, segala penangkapan yang dilakukan pihak imigresen adalah bersangkutan dengan akta untuk menangkap atau menahan mereka yang tiada dokumen sah.

“Kita cabar Al Jazeera berikan nama mana-mana negara di  dunia yang membenarkan warga asing yang tidak mempunyai dokumen yang sah bebas di negara berkenaan. 

Setiap negara ada akta imigresen hampir sama. Setiap warga asing yang masuk ke negara kita sepatutnya mempunyai dokumen perjalanan yang sah,” tambahnya.

Al Jazeera bagaimanapun belum memberi apa-apa maklum balas namun sudah menutup ruangan komen video dokumentari berkenaan. Jika perkara ini tidak berlaku di negara kita, wajar untuk media antarabangsa itu memohon maaf. Namun jika ternyata apa yang dilaporkan Al Jazeera ini betul, kita semua kena bermuhasabah untuk betulkan apa yang kurang. Anda rasa macam mana?

 

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna