“Saya Baca Quran Tak Lancar…” Jawapan Dr Zulkifli Ini Memang ‘Win’

Perintah Kawalan Pergerakan memang membuatkan kita ada lebih masa untuk bersama keluarga, masak, dan termasuklah masa untuk mendekatkan diri kepada Allah. Kalau sebelum ini,kita sibuk sangat dengan urusan dunia sampaikan solat pun kadang-kala tak sempat.

PKP adalah masa yang terbaik untuk kita bertenang di rumah, tunaikan solat dan kembali membaca Al Quran yang sudah lama tak disentuh. Viral di Twitter apabila seorang lelaki yang dikenali Hanif menghantar satu Tweet kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli.

Tweet tersebut berbunyi nada penyesalan apabila dia tidak membaca Al Quran dengan lancar dan tersekat-sekat.

Tidak menghakimi, Dr Zulkifli bagaimanapun memberikan kata-kata semangat.

“Bacalah walau tak lancar. Kata nabi ada dua pahala bagi yang usaha baca walaupun gagap,”

Ramai juga netizen yang turut memberikan kata-kata dan saling berkongsi cerita. Antaranya ialah Muhamad Fitri.

“Saya umur 22 tahun baru nak lancar bro. Dulu mengaji Quran tak habis. Lepas itu tinggal lama, hingga tok wan meninggal. Saya nak baca Yassin pun gagap.

“Semenjak hari itu, saya ikhtiar tebal muka pergi belajar walaupun sekali dengan budak-budak. Sekarang ni saya tengah nak bagi mantap makhraj huruf dengan tjwid,” katanya.

Manakala Shida Ahmad pula kata,

 “Teruskan membaca. Lama-lama nanti, lidah jadi lembut. Sambil tu, daftar untuk belajar mengaji contoh, di Al-Baghdadi ke, atau mana-mana kelas mengaji yang dekat dengan tempat tinggal. Ramai orang dewasa, lelaki, perempuan belajar mengaji kat tempat macam tu. Tak perlu malu.”

Jadi, belum terlambat untuk anda menggunakan masa yang ada untuk memperbaiki bacaan Al Quran. Alang-alang Ramadan nak dekat, apa kata kita hidupkan rumah dengan zikir dan alunan Al Quran.

 

Baca juga:

Awak Ni Membebel Je!Ini Tip Nak Buat Isteri Berhenti Berleter Sepanjang PKP

Tak Mampu Bayar Sewa Sebab COVID, Tuan Rumah Minta Servis Seks & Gambar Bogel

 

 

 

 

 

 

Sumber: Sinar Harian

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna