Santan Kelapa Boleh Buatkan Rambut Jadi Lebat Tanpa Gugur?

“Eeee malunya kenapa rambut makin nipis ni”

Tidak kira sama ada yang berhijab mahupun tidak, masalah rambut sering menghantui para wanita. Kadang-kadang dah try pelbagai jenis syampu tapi rambut semakin gugur teruk! Tambah lagi bagi yang baru lepas bersalin, bila rambut makin nipis mesti rasa malu nak keluar rumah dan berhadapan dengan suami.

Kali ini Donna ada satu perkongsian pada anda semua tentang manfaat santan kelapa yang mampu menyelesaikan masalah rambut anda dengan mudah dan jimat. Jangan ingat santan boleh digunakan dalam masakan, tapi dalam masa yang sama ia banyak keistimewaan khusus untuk rambut.

Image result for santan kelapa untuk rambut

Sumber: merdeka

Kebaikan Santan Untuk Rambut

Cegah Kulit Kepala Kering 

Cuba check kulit kepala anda, kering tak? Haa kebiasaanya bila keadaan kulit kepala anda kering dan bersisik ia akan menimbulkan masalah kelemumur dan rambut rosak. Dengan menggunakan santan sebagai perapi rambut ia akan bertindak sebagai pelembap kerana ia mengandungi lemak yang mampu memperbaiki keadaan kulit kepala.

Related image

Sumber: cylirio

Meningkatkan Pertumbuhan Rambut 

Kalau anda nak tahu santan ni mengandungi vitamin E dan lemak pati yang mampu memperbaiki pertumbuhan rambut dan menjadikan ianya lebih cantik.

Untuk dapatkan hasil yang lebih berkesan, anda campurkan santan dan minyak zaitun sebelum disapukan ke seluruh rambut. Jangan lupa untuk bila dengan bersih dengan menggunakan syampu, hasilnya pasti membuatkan anda kembali yakin semula!

Related image

Sumber: nkha

Membuatkan Rambut Menjadi Hitam Berkilau 

Pasti anda idam-idamkan rambut lebat dan berkilau seperti dalam iklan kan? Jangan risau para hijabi pun boleh dapatkannya dengan menggunakan santan sebagai bahan untuk membuat scalp treatment. Ini kerana nutrisi santan akan bertindak ke dalam akar rambut yang akan menjadikan rambut sihat, hitam dan berkilau.

 

 

 

 

 

 

Sumber: bukanaku

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna