Sanggup Nikah Depan Jenazah Sebab Yakin Roh Bapa Masih Ada

Mana mungkin sambutan yang sepatutnya menggembirakan disambut sekali dengan perkara yang menyedihkan kan? Situasi seperti ini pastinya sungguh mengelirukan!

Namun ini yang berlaku dek kerana terlampau mengasihi lelaki yang membesarkannya, pasangan pengantin dari Samarinda, Jakarta melangsungkan akad nikah di depan jenazah si bapa.

Pasangan mempelai, Romadhony Putra Pratama dan isterinya mahu perkahwinan itu disaksikan arwah walaupun hanya sekujur mayat. Mangsa yang juga Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Samarinda, Siswadi meninggal dunia selepas rebah ketika bersukan dipercayai diserang angin ahmar.

Lima jam selepas bapanya disahkan meninggal dunia, anak sulung arwah Romadhony memutuskan melangsungkan akad nikah di depan jenazah itu sebelum dikebumikan.

“Saya diberitahu bapa sudah meninggal dunia ketika di hospital dan memutuskan supaya akad nikah kami dilangsungkan di depan jenazah papa,” katanya.

Yakin roh bapa masih ada

Keputusan itu diambil sebagai penghormatan pada bapanya yang pastinya mahu menyaksikan detik indah mereka disatukan sebagai suami isteri.

“Walaupun hanya jasad. Tapi saya yakin roh Papa masih ada di sekitar saya dan menyaksikan saya meminang isteri sekarang ini,” katanya.

Katanya, bapanya sudah menyampaikan mengenai rancangan pernikahan mereka tahun ini kepada rakan mereka.

“Papa sudah beritahu (mengenai pernikahan mereka) jika ke mana-mana. Walaupun tiada persiapan dibuat, tetapi memang ada perbincangan dibuat keluarga mengenai pernikahan kami,” katanya.

Apa pun moga si anak itu tabah dan bahagia bersama pasangan.

Baca juga:

Dapat 15 Ribu Retweet , Wanita Ini Kongsi Belanja Kahwin Tak Lebih RM5 Ribu!

Bakal Pengantin Tidak Perlu Kursus Pra Perkahwinan

Sumber: Kompas.com, Hmetro

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna