Sanggup Membunuh Akibat Obses Dengan ‘Slenderman’

What is up ladies!  Bagaimana setelah hampir sebulan berpuasa? Donna berharap anda semua sihat-sihat belaka dan terus kekal berada di rumah ya. Donna percaya kita boleh atasi COVID-19 ini jika kita terus bekerjasama. Jangan pula ada yang obses nak keluar rumah dan langgar PKPB ya!

Dunia internet ini sebenarnya tidak sesuai pada kanak-kanak pun sebenarnya. Bukan sebab apa, kalau tanpa pengawasan orang dewasa yang matang, pengaruh sebegini tidak akan mudah berlaku pada kanak-kanak.

Siapa sangka hanya dengan membaca sebuah kisah tentang Slenderman, dua kanak-kanak perempuan sanggup merancang dan mencuba untuk membunuh rakan baik mereka?!

Bagi anda yang tidak tahu apa itu Slenderman, meh sini Donna terangkan. Slenderman merupakan satu karakter yang dicipta oleh Eric Knudsen pada tahun 2009. Karakter fiksyen ini mengenai satu watak fantasi yang seram dimana lelaki ini akan menghendap, menculik dan menyiksa kanak-kanak.

via GIPHY

Karakter ini dikira sebagai urban legend yang dipopularkan di dunia internet creepypasta di mana platform ini menceritakan pelbagai kisah seram.

Dua kanak-kanak perempuan ini yang bernama Anissa dan Morgan yang berumur 12 tahun yang menjadi obses dengan Slenderman dan mereka mempercayai jika ingin menyelamatkan keluarga mereka. Anissa dan Morgan perlu membunuh seseorang.

Anissa dan Morgan percaya bahawa Slenderman berada di dalam Hutan  Simpan Nicolet di Northwoods, Wisconsin. Mereka merancang untuk menikam leher Payton di sebuah tandas awam namun akhirnya insiden itu berlaku di  dalam hutam di mana ketika mereka bermain hide and seek.

Foto:Foto:s.abcnews.com (Anissa)

Akhirnya, Anissa menyuruh Morgan menikam rakan baik mereka, Payton walaupun dalam keadaan teragak-agak. Morgan seperti individu yang tidak waras, mula menikam Payton bertubi-tubi sebanyak 19 kali.

Payton ditinggalkan dalam keadaan parah di dalam hutan. Namun, itu bukanlah saat terakhir hidupnya. Payton mengagahkan diri dengan merangkak ke jalan raya sebelum ditemui oleh orang awam dan dibawa ke hospital untuk rawatan.

Foto:Foto:s.abcnews.com

Anissa dan Morgan ditahan oleh pihak polis 4 jam kemudian. Morgan dilihat seperti tidak mempunyai rasa bersalah atas apa yang sudah dilakukan dan kedua-duanya disabitkan kesalahan sebagai orang dewasa  di mana keduanya dijatuhi hukuman penjara selama 65 tahun.

Foto:ichef.bbci.co.uk

Setelah Anissa mengaku atas cubaan membunuh, dia diwajibkan untuk menjalani rawatan mental selama 25 tahun dan Morgan pula harus menjalani rawatan mental selama 40 tahun.

Daripada kisah ini, Donna nasihatkan pada para ibu di luar sana untuk sentiasa awasi anak atau adik-adik, anak buah atau anak buah sekali pun yang baru mahu mengenali dunia internet itu alright?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Thepatriots.asia

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna