Sanggup Ke Gadai Nyawa Ketika Bersalin Dengan Berbidankan Doula?

Nyawa bukanlah barang mainan yang boleh kita ambil mudah. Isu yang trending masa ini melibatkan doula sememangnya panas kerana nyawa menjadi taruhannya. Sebuah rancangan di stesen televisyen telah menjemput panel khas untuk membincangkan  isu hangat iaitu Doula: Peneman Ibu Atau Pengganti Doktor kerana perkhidmatan doula mula digunakan ramai wanita menggantikan doktor atau bidan.

Sumber: alhijrah

Maksud doula ialah Child Birth Educator yang memantau seorang ibu yang sedang melahirkan anak ketika di rumah (homebirth). Secara umumnya, perkataan doula sebenarnya berasal daripada bahasa Yunani purba yang membawa maksud ‘hamba perempuan’.

Malah, menurut penjelasan American Pregnancy Organization, doula adalah seorang pelatih profesional yang membantu memberikan sokongan dari segi emosi dan penjagaan sebelum dan selepas kehamilan. Misalnya, ilmu kehamilan, cara meneran, cara bernafas dan fizikal (secara sentuhan seperti urutan).

Sumber: theasianparent

Zaman dulu, mereka mengunakan perkhidmatan hamba perempuan untuk menjaga wanita yang mengandung sehingga proses kelahiran bermula dan berakhir. Namun mungkin ramai tidak tahu bahawa doula tidak mahir untuk membaca situasi sebenar ibu mengandung. Misalnya, apa yang perlu dilakukan jika ibu mengalami pendarahan atau bayi tidak mahu keluar.

Menurut ahli farmasi, Siti Hawa, sehingga kini di luar negara masih lagi mengamalkan perkhidmatan doula tetapi mereka mempunyai sebuah organisasi khas untuk mengeluarkan sijil pengiktarafan bagi meluluskan pemantauan ketika ibu bersalin. Itupun masih memerlukan doktor atau bidan terlatih yang memantau.

Sumber: memphisLyer

“Malangnya, di Malaysia individu yang menggelarkan diri mereka doula hanyalah masuk ke dalam bengkel atau kelas di mana ada yang tidak mengeluarkan sijil dan hanya belajar melalui pembelajaran di Google. Langsung tidak terlatih sehinggakan ada yang  menghasut ibu yang mengandung untuk tidak ke hospital” katanya.

Untuk membuktikan perkara ini terjadi, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga dan Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan statistik pada tahun 2018, terdapat kelahiran tidak selamat akibat perkhidmatan Doula dan semenjak kebelakangan ini peratusan sudah mula di tahap membimbangkan.

Tidak cukup dengan itu, menurut laporan akhbar dari Berita Harian, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sepanjang tahun lalu, di Johor ada 58 kes yang didaftar sebagai kelahiran tidak selamat dengan lima daripadanya adalah kelahiran di rumah yang berkaitan dengan ‘doula’.

Sumber: BH

Adakah kenyataan ini tidak dapat membuka lagi mata ibu mengandung yang merancang atau sedang mengambil perkhidmatan Doula tanpa bantuan doktor? Tambahan pula, cuba anda fikir semula, doktor yang telah diiktirafkan memerlukan bertahun-tahun untuk menimba ilmu menyambut kelahiran.

Mengapa anda perlu percaya dengan individu yang hanya masuk bengkel dan hanya mempelajari ilmu-ilmu perubatan hanya di Google? Jika anda merasakan perkara ini tidak masuk akal dan mempercayai doula. Cuba anda tonton video di bawah untuk membuka minda anda.

Perbincangan antara Freelance Doula dan Pakar Perubatan

Penerangan Doula dari Siti Hawa

Doula Douli

Subscribe YouTube ML Studios! goo.gl/EJDp9K

Posted by ML Studios on Rabu, 7 Mac 2018

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: ML Studio Hawa , BH ,

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna