Sanggup Beli Seat Paling Depan, Ini Komen Sajat Tentang Konsert Siti

Sabtu lepas, konsert gilang-gemilang #SitiNurhalizaOnTour telah berlangsung dengan gah sekali! Cukup hanya penyanyi nombor satu negara berdiri di pentas Axiata Arena, ia sudah mampu membuat bulu roma 12 ribu penonton yang hadir tegak ditambah lagi dengan alunan kelunakkan suara Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Dalam 12 ribu penonton yang membanjiri Axiata Arena, beberapa artis tempatan, public figure dan VVIP juga turut hadir untuk melihat persembahan pelantun lagu Diari Hatimu yang difahamkan ini adalah konsertnya yang terakhir.

Antaranya, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan isterinya, Vivy Yusof, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Sajat, Shuib Hotfm dan isterinya dan ramai lagi! Dalam banyak-banyak artis, Donna sempat menemu bual selebriti tempatan, Sajat dan bertanyakan komennya terhadapt konsert tersebut.

Menurut Sajat, dia sebagai peminat Tokti sejak dari dulu lagi sememangnya ternanti-nantikan konsert penyanyi berusia 41 tahun ini dan dia juga mengakui lagu yang dibawakan oleh Tokti pada malam Sabtu lepas telah berjaya  menggamit memorinya ketika zaman dahulu.

“Pada malam ini, saya dapat dengar secara live depan mata dan saya akui suara Dato’Sri Siti Nurhaliza dari zaman anak dara sampai beliau sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak tidak berubah. Belilah kaset, CD, dengar di radio. Suara beliau tetap sama!

“Orang kata, memang berbaloi la beli seat depan-depan, bukan dapat tiket free ye! Jadi, bila saya beli seat depan, saya dapat tengok beliau buat persembahan dekat dengan pentas memang saya sangat teruja. Lagipun, saya amat menyokong artis tempatan kerana kualitinya berbeza dengan artis luar negara.

Apa pun, Tokti tetap pilihan di hati saya,” katanya sambil tersenyum kerana berpuas hati.

Tidak cukup dengan itu, beberapa penonton yang hadir turut memberi komen selepas melihat  konsert #SitiNurhalizaOnTour, dan rata-rata mereka mengatakan persembahan tersebut sangat berbeza bila dengar secara live dan tak rugi habiskan duit untuk datang ke konsert Tokti.

Malah, ada juga yang mengatakan, ini adalah kali pertama mereka ke konsert Tokti pada malam Sabtu lepas dan apa yang mereka dapati suara Tokti jauh lebih hebat dari dengar di corong radio dan vokal yang ditunjukkan pada malam konsert tersebut di luar jangkaan mereka.

Team Donna yang berada di kerusi media pun, terpegun apabila mendengarkan suara lunak dari penyanyi hebat ini. Harap ini bukan persembahannya yang terakhir sebab Donna nak pergi lagi! Hiks!

 

 

 

 

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna