“Sampai Hati Awak Curang Dengan Kawan Baik Saya!”

Waktu awal-awal bercinta, bukan main lagi menjanjikan bulan dan permata. Bila dah kahwin, semuanya berubah serta-merta. Tak tahu apa yang kurang pada isteri. Rajin masak, bijak jaga anak-anak, pandai menguruskan diri dan rumah tangga. Tiba-tiba suami mula berubah hati.

Hati mana yang tak ranap bila suami curang di belakang kita. Tambah perit lagi rupanya dia curang dengan kawan baik  yang kita paling dipercayai pula itu. Dunia ini rasa macam punah. Berat hati nak menerima.

Bila dicurangi, normal untuk anda rasa tak dihargai, rasa ditipu dan mulalah anda tertanya-tanya mengapa suami tak pilih anda tetapi pilih orang lain. Berikut adalah beberapa nasihat dan cadangan yang diberikan Prof Muhaya untuk anda yang mengalami situasi serupa.

Sumber: Andai Takdirnya

Menerima ini takdir

Pertama, terimalah bahawa ini adalah ujian dari Allah dan kita tak ada daya upaya untuk mengundur semula waktu. Segala yang terjadi adalah takdir namun apa yang lebih penting ialah bagaimana respon kita terhadap perkara yang terjadi dalam hidup kita.

“Cara kita melihat kehidupan akan beri kita kekuatan. Fokuslah kepada ketenangan jiwa. Bila datang peristiwa susah, anggaplah ini sebagai cara Tuhan nak beri keimanan dan dekatkan kita kepadaNya

“Bila jauh dari Allah, Tuhan kembalikan kita. Renung balik hubungan dengan Allah. Apakah kita menjadi semakin baik. Yakinlah, kita akan rasa tenang maka anda akan bahagia. Kita akan bahagia dengan sedikit nikmat,”

Komunikasi

Berbincang dengan suami cara terbaik sama ada ingin meneruskan perkahwinan ini atau tidak. Jika tidak, tak apa. Hormati keputusan suami dan perhatikan adakah keadaan anak-anak akan menjadi lebih baik selepas penceraian? Tapi kalau suami sudah bertaubat, jadilah orang berjiwa besar dan memaafkan. Salah satu ciri orang masuk syurga ialah selalu memaafkan.

Sumber: Andai Takdirnya

Solat istikharah

Mintalah petujuk Allah keputusan paling terbaik. Jika keputusan untuk mempertahankan rumah tangga boleh diperjuangkan demi anak-anak, apalagi kalau suami pun dah bertaubat. Maafkanlah.

Semoga ujian ini mendekatkan kita dengan Allah dan saling merenung kembali apakah kesilapan yang tanpa sedar kita lakukan. Kalau jodoh sudah sampai di sini sahaja, tak mengapalah. Mungkin akan ada kehidupan lebih bahagia dijanjikan untuk kita di hari mendatang.

 

 

Baca juga:

Kemaluan Berkutu, Suami Nak Bersama Pun Tak Selera!

Suami ‘Take Note’, Nyawa Isteri Dalam Bahaya Jika Alami ‘Sleep Debt’!

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna