Sambut Hari Jadi Pembantu, Eina Azman Di Gelar Wanita Sempurna

Siapa saja tidak mengenali pelakon muda yang sangat lemah lembut orangnya, Datin Paduka Eina Azman yang mempunyai wajah yang cantik, bertubuh tinggi lampai dan pandai memasak.

Bahkan pelakon berusia 23 tahun ini dilihat sangat sempurna kehidupannya selepas mengahwini pasangannya iaitu Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah.

Namun, bukan tentang perkahwinannya yang akan dibincangkan tetapi, hubungan antara dia dengan salah seorang pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Bik Nurhayati.

Menerusi entri di laman Instagram miliknya, satu rakaman video yang menunjukkan pelakon Rahsia Hati Seorang Perempuan ini membuat kejutan untuk pembantunya sempena ulang tahun hari jadinya.

Tindakan Eina ini membuatkan pembantunya menangis kerana dia tidak menyangka Eina mengingati tarikh ulang tahunnya kerana dia sendiri tidak mengingati hari tersebut adalah hari jadinya.

Berikutan itu, ramai pengikutnya membanjiri ruangan komen entri tersebut dengan memuji sifat penyayang Eina yang sangat menghargai pekerjanya.

Tidak cukup dengan itu, Eina juga dilabel wanita yang sangat sempurna kerana memiliki wajah yang cantik, kehidupan yang mewah, pandai memasak, mempunyai cahaya mata yang comel, dan macam-macam lagi!

Donna harap, majikan di luar sana menjadikan sikap Eina ini contoh dalam melayani pekerja-pekerja yang sudah berkhidmat untuk anda.

 

 

Sumber: instagram Eina Azman

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna