Saman Kerana Pakaian Ketat, Netizen Luah Rasa Tidak Puas Hati

Bertudung tetapi memakai pakaian ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh badan adalah antara cara berpakaian yang sering kita lihat dalam kalangan wanita. Ada tu pakai seluar atau skirt singkat atas paras buku lali dan lengan baju tidak sampai ke pergelangan tangan.

BACA: Tak Perlu Duit Banyak, Ikut Cara Ini Untuk Nampak Elegant

Tidak salah berfesyen asalkan tidak keterlaluan kerana Islam mempunyai garis panduan yang perlu dipatuhi dalam isu berpakaian serta kewajipan menutup aurat. Disebabkan terlalu ramai yang berpakaian seperti ini, pihak penguatkuasa telah mengambil tindakan yang sewajarnya dengan menyaman mereka yang tidak menutup aurat dengan betul. Biar betul ni?

via GIPHY

Kejadian ini dijalankan disalah sebuah pusat membeli-belah dan perkara ini tular di media sosial apabila beberapa keping gambar sempat di ambil ketika aktiviti pemantauan di sekitar Kelantan dijalankan. Pengguna twitter yang menyebarkan pemantuan ini memuji pihak penguatkuasa kerana telah menjalankan tanggungjawab sepatutnya.

“Aku tak sokong benda ni…”

Malangnya, ada segelintir netizen menyatakan pendapat mereka bahawa cara ini salah sama sekali kerana menjatuhkan maruah orang dan biarlah seseorang itu melakukan sesuatu kerana datang dari hati, bukan dengan paksaan.

 

Mekah pun tak macam ni…

Tak adanya datang-datang terus saman…

Bagaimanapun, pengguna twitter yang memuatnaik kepingan gambar tersebut menyatakan bahawa sebenarnya mereka tidak terus mengambil tindakan tetapi memberikan nasihat terlebih dahulu dan bergantung kepada budi bicara.

Percayalah di setiap keterpaksaan akan timbul keikhlasan. Tak salah kalau pakai pakaian yang mengikut yang sudah ditetapkan oleh Islam. Maruah pun terjaga. Selamat beramal!

 

 

 

Sumber: twitter azam

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna