Saling Sayang-Menyayangi Netizen Kagum Lihat Kemesraan Tun Siti Hasmah Bersama Tunku Azizah

Zaman sekarang ni apa sahaja anda lakukan pasti akan jadi perhatian tambah lagi jika ia melibatkan golongan atasan atau individu yang dikenali sebagai ‘public figure’. Nak buat apa-apa kena berjaga-jaga, tapi kali ni lain pula ceritanya dalam masjid pun ada orang ambik gambar! Haa dengar cerita kecoh bila ada yang dapat capture sweet moment Tun Siti Hasmah bersama Tunku Azizah ketika membaca Yassin di Masjid Negara.

Gambar tersebut menunjukkan Raja Permaisuri Agong duduk bersebelah Tun Siti Hasmah seolah-olah seperti anak dan mak saling menyayangi antara satu sama lain.

Ya Allah Mulianya Hati Tunku Permaisuri…

Sebaik sahaja gambar tersebut dimuat naik di laman sosial Instagram, netizen terus membanjiri dengan penuh rasa gembira dan berinteraksi antara satu sama lain sehingga mencecah 500 komen dan 20 ooo ribu tanda ‘cinta’ di posting tersebut.

Memang tidak dapat dinafikan, Raja Permaisuri Agong sangat dikenali dengan budi pekerti yang mulia kerana beliau seorang yang sangat dekat dengan rakyat dan memiliki sifat rendah diri.

So sweet, Tun Siti Dan Tuanku Permaisuri, Permata Hati Rakyat, Ibu Pertiwi

Disebabkan gambar tersebut kelihatan mereka saling berpegang tangan ketika berinteraksi, salah seorang pengguna di Instagram iaitu Nunuin telah meluahkan rasa teruja apabila melihat perkongsian itu dan menyatakan bahawa mereka berdua adalah permata hati rakyat dan dianggap sebagai ibu pertiwi.

Donna harap dan mendoakan agar semoga Tun Siti Hasmah dan Tunku Azizah sentiasa diberi kesihatan yang baik dan terus menjadi pembimbing rakyat yang berwibawa.

 

 

 

Sumber: sinar

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna