Salah Pakai Produk Kecantikan, Boleh Bahayakan Bayi Dalam Perut

Selalunya time mengandung ni lah, anda akan mengalami alahan yang teruk. Bila muka naik jerawat, kulit kusam mesti hati tak senang. Nak keluar pun rasa malas kan? Sudah menjadi lumrah, semasa proses kehamilan banyak perkara yang harus dijaga untuk menjaga kesihatan anda dan bayi. Nak cantik tu boleh untuk menaikkan lagi seri wajah tapi cuba check ada tak bahan ni dalam skincare anda?

Image result for skincare to avoid while pregnant

Sumber: self

Retinoid

Kebiasaanya dalam produk kecantikan anti-aging dan ubat jerawat pasti ada bahan retinoid. Food and Drug Association mengkategorikan ubat-ubatan dan bahan kimia kepada empat kategori iaitu A,B,C dan D. Kategori A dan B adalah bahan yang sesuai digunakan untuk ibu hamil, namun retinoid di kelaskan kepada kateogri C.

Isotretinoin, sejenis retinoid oral (diambil secara pemakanan), boleh menyebabkan kecacatan kelahiran jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan semasa hamil.

Walaupun retinoid topikal (secara sapuan) tidak menunjukkan kesan kecacatan ketika kelahiran, adalah lebih baik untuk mengelakkannya semasa mengandung.

Retinoid juga boleh dikenali sebagai tretinoin, retinol, asid retinoik, retinaldehyde, adapalene, tazarotene dan isotretinoin.

Image result for skincare to avoid while pregnant

Sumber: medicalnews

Bila hamil biasalah kalau muka ada parut jerawat dan bekas hitam akibat perubahan hormon. Tapi jangan ambil mudah untuk nak putih cepat dengan hanya pakai produk yang ada bahan merkuri seperti hydroquinone. Walaupun anda hanya apply pada kulit wajah, tapi ia dapat dikesan melalui ujian air kencing. Jadi lebih baik anda berhati-hati dan berikan si kecil anda khasiat-khasiat yang baik.

Related image

Sumber: parents

Pernah dengar tak bahan parabens boleh cenderung kepada kanser payudara? Kebanyakan produk kecantikan dan kosmetik digunakan sebagai preservative. 

Apa pilihan skincare yang selamat untuk ibu mengandung?

Produk yang mengandungi asid alpha hydroxy seperti asid glikolat atau asid laktik adalah selamat digunakan untuk wanita hamil yang mengalami masalah jerawat.

Clindamycin topikal, erythromycin topikal, dan krim asid Azelaic jatuh di bawah Pentadbiran Makanan dan Dadah Pentadbiran Amerika Syarikat kategori B.

Kategori ini bermaksud bahawa terbukti tiada risiko pada manusia dan juga boleh digunakan.

Donna yakin, tiada seorang ibu pun yang tak nak berikan terbaik untuk si manja anda kan? Harap perkongsian ini dapat memberi manfaat buat bakal si ibu.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:aseanparent, hellosehat

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna