Salah Ke Kalau Berimaginasi Ketika Berjimak Dengan Pasangan?

Dari tajuk dah nampak kes berat sampai nak kena berimgainasi ketika melakukan hubungan intim dengan pasangan tapi mungkin ada di antara kita belum pernah melalui situasi ini tapi tak apa, jom kita sama-sama selami isu ini.

Berimaginasi yang kami maksudkan ni bukan berimaginasi melakukan aksi yang kepelbagaian bersama pasangan atau membayangkan membuat dalam suasana yang indah atau selesa tapi berimaginasi wajah individu lain.

Sumber: unsplash

Dalam kata mudah, bersetubuh dengan pasangan kita yang sah kita tapi wajah yang muncul dalam fikiran kita, timbul figura wanita atau lelaki lain yang kita idamkan.

Jangan kata perkara ini tak mungkin berlaku. Ia boleh berlaku apabila perasaan sayang terhadap pasangan tak seperti dulu atau wajah pasangan tak cantik atau kacak lagi.

Persoalannya, boleh ke kita melakukan sebegini rupa terhadap pasangan kita? Jasad bersama mereka tapi fikiran pada insan yang lain. Isu ini dijawab oleh Imam Muda Hassan.

Mari kita dengarkan penjelasan beliau menerusi video berikut.

Cabaran zaman moden, wanita yg ghairah & lelaki macho mudah dilihat dimana2, sehingga terbawa2 & terbayang2 dalam hubungan suami isteri…#imammudahassan#ustazKRT#suamiisteribahagia#keluargabahagia#hassanadliboutique#dutaserantaumuslim

Posted by Imam Muda Hassan on Friday, 27 December 2019

Penerangan Imam Muda Hassan cukup jelas bukan? Kasihanilah pasangan anda. Cuba fikir semula saat baru-baru anda berdua mula bercinta dulu. Manis dan penuh dengan kemesraan kan?

Cuba cari benda baru dan menerima pasangan seadanya.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Manjakan Suami Anda Tanpa Jalin Hubungan Intim, Macam Mana tu?

Jangan Main ‘Tembak’ Je, Doktor Ini Kongsi Kaedah Efektif Untuk Merancang Keluarga

 

 

 

 

 

 

Sumber: facebook

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna