Sajian Ala Sweden Kini Tarikan Utama Di Pulau Pinang

Makanan sememangnya tarikan utama pengunjung ke Pulau Pinang sehingga ada yang menggelarnya sebagai syurga makanan. Jika sebelum ini Penang terkenal dengan sajian seperti nasi kandar, nasi briyani dan pasembur, kali ini suatu kelainan ditampilkan dan ia bakal menjadi tarikan baru buat penduduk di utara Malaysia.

Sajian ala-ala Sweden bukanlah suatu yang asing namun ia merupakan sajian unik dan semakin digemari rakyat di Malaysia. Ha, kalau nak tahu, sajian ala Sweden ini dibawakan oleh sebuah syarikat peruncit perabot terbesar dunia iaitu IKEA.

Baru sahaja dibuka, ribuan warga Pulau Pinang menyerbu IKEA Batu Kawan sehingga menyebabkan kesesakkan lalu lintas. Ia merupakan gedung pertama di utara Malaysia dan keempat di Malaysia secara keseluruhannya.

Donna juga sempat merasai kemeriahan majlis pelancarannya baru-baru ini dan pastinya merasai keenakkan sajian ala Sweden yang pelbagai.

Restoran IKEA berkapasiti 815 orang menyediakan pelbagai hidangan lazat, Bistro IKEA yang menjual karipap terkenal, Bakeri IKEA menyediakan roti segar, serta kedai makanan Khas Sweden di mana makanan lazat ala Sweden boleh dipilih dan dibeli oleh pengunjung.

Ha, siapa orang penang kat sini? Jom meatball!

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna