Sajat Dibawa Keluar Dari Tanah Suci?

Semalam tular di media sosial dengan isu tentang Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih mesra dengan panggilan Nur Sajjad apabila dirinya mengenakan telekung dan berjalan bersama jemaah wanita yang lain ketika berada di kawasan perkarangan sekitar kaabah.

Susulan daripada isu yang ditimbulkan oleh usahawan kosmetik itu, pihak agensi yang membawa Sajjad dan ahli keluarganya di sana telah mengambil tindakan selepas jurucakap Albayt Travel (M) Sdn Bhd meminta mutawwif membawa keluar rombongan Nur Sajat seramai 10 orang (termasuk mutawwif) keluar dari Makkah.

Turut bersuara salah seorang pelakon Dato’ Fizz Fairuz tentang isu ini menerusi posting instagram.

Sumber: instagram

Bagaimanapun, jurucakap Albayt Travel memaklumkan, dakwaan kononnya Nur Sajat ditangkap polis Arab Saudi belum disahkan kedutaan di sana. Penyanyi rap, Caprice juga turut mengulas lebih lanjut tentang isu ini. Jom saksikan video berikut.

Bagaimana pun, menurut Albayt Travel mereka meminta Nur Sajjad membuat permohonan maaf secara terbuka khususnya kepada umat Islam di tanah air, susulan kekecohan dan kecaman terhadap video yang dimuat naiknya ke media sosial, baru-baru ini.

Tapi, setakat ini, Sajjad hanya menjawab meminta tunggu sehingga dia kembali ke tanah air dan petang ini, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu jantina usahawan berkenaan.

Semoga segalanya dapat diselesaikan dengan tenang dan tiada timbul pergaduhan antara mana-mana pihak.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Viral Bertelekung Di Tanah Suci, Ramai Pertikaikan Pakaian Sajat Mengerjakan Umrah

Kecoh Tentang Umrah DIY ‘Backpacker’, Sebenarnya Boleh Ke Tak?

 

 

 

 

Sumber: BH

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna