Saiz Badan Dah Tak Sama Lepas Bersalin, Ini Anda Wajib Tahu!

“Lepas bersalin ni, badan dah tak sama macam dulu dah. Susah betul nak kurus balik,”

Inilah benda yang anda selalu dengar dari mulut seseorang ibu yang baru melahirkan anak. Sudah semestinya bahagian perut anda akan nampak lebih besar berbanding dengan sebelum ini. Itu belum lagi kalau waktu mengandung anda mengidam macam-macam. Memang susah nak diet.

Namun begitu, badan anda itu adalah bukti bagaimana anda mengandungkan anak selama sembilan bulan. Jangan rasa rendah diri dengan bentuk tubuh anda. Sebenarnya ada cara nak nampakkan badan anda kecil jika anda menggayakan pakaian yang betul.

BACA: Tergamak! Suami Tak Berhati Perut Doa Isteri Mati Waktu Bersalin

Jadi, kenali bentuk tubuh anda, adakah apel, hourglass, pir, segi empat tepat?

Epal

Jika badan anda bersaiz epal, iaitu kaki anda nampak lebih kurus tapi bahu anda lebih lebar dan bidang. Anda kena elakkan pakai benda yang berlabuci di bahagian atas badan. Anda boleh pakai jeans yang berpotongan slim dengan blouse potongan leher V. Fokus pada bahagian kaki anda sebab ia aset!

Hourglass

Wanita yang mempunyai badan bentuk ini selalunya mempunyai bahagian bawah dan atas yang besar tetapi pinggang mereka kecil. Baju peplum boleh menyerlahkan bentuk badan hourglass. Gaun ketat di atas dengan berlaun di bawah boleh menyerupai bentuk badan anda.

BACA: Doula Sebenar, Suami Peneman Terbaik Ketika Isteri Bersalin Bukan Orang Lain!

Pir

Manakala wanita saiz ini biasanya  mempunyai bahagian atas badan yang kecil manakala bahagian bawah mereka sedikit besar. Anda boleh gayakan skirt bercorak menegak untuk memberikan gambaran lebih tinggi. Corak bunga-bungaan pun cantik di bahagian atas.

Segi empat tepat

Badan jenis ini biasanya sama sahaja di bahagian atas dan bawah. Sesiapa yang mempunyai badan saiz ini boleh bereksperimentasi dengan pelbagai gaya pakaian. Padankan bahagian atas badan dan bawah dengan warna yang berbeza. Memang tak ada masalah langsung!

Biasalah badan kita akan berubah juga ikut usia apalagi kalau sudah melahirkan anak. Sementara anda tengah nak diet itu, boleh amalkan teks penggayaan yang kami berikan ini. Selamat mencuba!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Theasianparent

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna