Sadis! Lepas Diceraikan, Ibu & 5 Anak Kecil Tidur Dalam Kereta 5 Hari

Bagaikan jatuh ditimpa tangga, itulah ungkapan yang tepat boleh digambarkan ujian yang dilalui oleh wanita hebat ini. Seorang ibu muda, berusia 30 tahun tinggal di dalam kereta selama lima hari bersama 6 orang anak berumur 14, 10, 8, 3, 2 dan 5 bulan di stesen minyak Rasa, Hulu Selangor dan menumpang mandi di tandas stesen tersebut.

Lebih menyedihkan lagi apabila dirinya sedang menghidapi penyakit kanser payu dara, anaknya berusia 2 tahun menghidapi penyakit masalah jantung berlubang. Manakala, anak yang berumur 5 bulan pula menghidapi ketumbuhan di leher namun belum dapat dikenalpasti dan seorang lagi OKU. Kasihannya…

Nasib baik ada individu yang bertanggugjawab…

Perkara ini diketahui oleh seorang individu lelaki berbangsa Cina, Kuan Chee Heng yang meminta wanita tersebut untuk ke Balai Polis Rasa membuat laporan supaya ada pihak tertentu dapat beri bantuan.

“Terima kasih juga kepada Darul Jariyah yang sudah membantu mencari dan menyediakan penginapan pada mereka. Lihatlah anak kecil ini melekat dengan saya macam kena gam,” tulisnya.

Mana suaminya?

Kami yakin ramai yang tertanya-tanya di mana suami wanita tersebut? Menurut sumber yang dilaporkan oleh pihak Zakat, suaminya tidak pulang ke rumah sudah lebih 4 bulan sejak penghujung bulan Februari 2020 dan sekarang proses kes penceraiannya ditangguhkan kerana PKP.

Anak-beranak ini menginap di dalam kereta selepas diceraikan dan diusir tuan rumah sewa kerana tunggakan rumah gagal dibayar oleh suaminya. Dirinya juga tidak mampu untuk membayar kerana dia tidak mempunyai pekerjaan setelah diberhentikan oleh majikan sejak Mac 2020 kerana PKP.

Mujur ada pihak zakat…

Selepas membuat laporan polis dan dibantu oleh Pertubuhan Kebajikan Darul Jariyah, perkara ini diketahui oleh pihak Lembaga Zakat Selangor. Mereka telah memberi beberapa sumbangan antaranya…

  1. Deposit dan sewa bulanan rumah.
  2. Bantuan Kewangan Bulanan.
  3. Bantuan Makanan Bulanan.
  4. Bantuan Perubatan (rawatan bulanan).

Di sinilah duit zakat disalurkan. Semoga dengan bantuan ini kehidupan anak-anak ini cerah pada masa depan supaya dapat mengubah nasib hidup ibu mereka.

Kita pula jangan mengeluh dengan kesusahan yang kita lalui kerana ada lagi mereka yang lebih besar ujiannya. Ingat, sentiasa bersyukur insyaAllah rezeki akan dilipat gandakan.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

 

Kenderaan Lama Ditukar! Kini Kereta Polis Berwajah Baru

Sekolah Warga Asing Dah Mula Beroperasi?

 

 

 

 

 

Sumber: facebookkuancheeheng faecbookzakat

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna