Rupanya Perempuan Kena Tidur 20 Minit Lebih Banyak Berbanding Lelaki Sebab…

Jangan marah isteri kalau mereka bangun sedikit lewat daripada anda. Biarkan dia tidur lebih masa. Sarapan pagi nanti, apa kata si suami sendiri yang masak. Baju untuk dilipat, apa kata anda sendiri yang uruskan. Isteri anda sedang penat.

Kalau mengikut kepada kajian yang dilakukan Sleep Research Center, Loughborough University menunjukkan perempuan memerlukan tidur lebih lama sekurang-kurangnya 20 minit berbanding lelaki. Ini kerana otak perempuan lebih sibuk dan multi-tasking berbanding lelaki.

BACA: Jadual Tidur Semakin Merepek Sejak PKP? Ini 6 Benda Anda Kena Tahu

Sumber: Varity

Memandangkan otak perempuan sangat kompleks, jadi perempuan kenalah lebih banyak waktu berehat berbanding lelaki pada waktu malam.

Dalam sebuah jurnal lain bertajuk Brain, Behaviour and Immunity menunjukkan masalah tidur lelaki dan perempuan dikaitkan dengan tekanan psikologi yang besar. Bukan itu sahaja, ia juga menunjukkan risiko penyakit jantung dan diabetes.

via GIPHY

Namun, risiko yang kita nyatakan tadi lebih menjurus kepada perempuan. Sekiranya kita kurang tidur, anda akan berhadapan dengan risiko kemurungan dan menjadi pemarah secara tiba-tiba.

BACA: “Saya Seorang Yang Susah Tidur” – Elyana

Tempoh waktu tidur perempuan juga berbeza daripada lelaki. Perempuan memerlukan waktu lebih setengah jam untuk mendapatkan tidur yang puas berbanding lelaki.

via GIPHY

Jadi, tak salah jika sekiranya kita mengantuk dan masuk tidur lebih awal berbanding lelaki. Ia penting untuk memberi kecerdasan dan kekal cantik setiap hari. Kepada kaum lelaki pula, jangan marah kalau isteri masuk tidur awal atau bangun tidur sedikit lewat tau. Kami memang kena tidur kebih banyak!

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: theasianparent

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna