Rupanya Milik Anak Malaysia! Wajib Singgah Kantan Catering Jika Ke Melbourne

Siapa sangka minat memasak semasa menyambung pengajian di Melbourne memberikan sebuah kehidupan baru kepada anak tempatan kelahiran Pantai Timur, Hisham Abdullah. Bermula dengan memasak di dapur apartment kecil-kecilan, hidangannya kemudian mendapat pujian dan sehingga ada yang mencadangkan dia berniaga makanan Malaysia di Australia.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Hisham memberanikan diri mencuba berniaga dan menubuhkan Kantan Catering. Makin lama,  ramai yang mempercayai Hisham dan menempah makanan untuk majlis keramaian.

BACA: Kaum Lelaki Wajib Tahu 9 Bahan Asas Masakan Ini!

Kenapa Kantan?

Tertanya-tanya juga mengapa Hisham memilih Kantan sebagai nama perniagaan. Ini jawapannya,

“Bunga kantan hanya digunakan oleh orang Malaysia dan Indonesia dalam masakan. Jadi, saya rasa ia paling menangkap untuk melambangkan masakan tradisi kita. Bunga Kantan pun cantik. Jadi, sesuai sangatlah,”

Pemilihan menu

Empat tahun membuka perniagaan di luar negara sememangnya pengalaman yang berharga untuk Hisham. Banyak eksperimen dilakukan dalam menghasilkan dan memperkenalkan menu masakan kita yang lazat kepada penduduk di sana.

“Kalau menu yang komersial macam nasi lemak atau laksa mungkin orang di sini dah biasa dengar. Tapi masakan pantai timur macam nasi kerabu, nasi dagang, atau laksa johor belum lagi terkenal di sini. 

Jadi, saya akan jual menu komersial diselitkan dengan menu pantai timur. Sebab biasanya orang akan cari juga menu popular ini contohnya macam bihun, roti jala, dan roti canai,”

Durian, roti jala!

Ditanya apakah memori yang paling mengesankan sepanjang berniaga, Hisham tak dapat melupakan keterujaan rakan-rakan di negara Kangaroo itu apabila dia melakukan demonstrasi cara-cara membuat roti jala. Bukan itu sahaja, untuk menjinakkan masyarakat di sana dengan durian, Hisham pernah membuat kek durian dan mereka menyukainya!

BACA: Tauhu Sumbat Bersalut Serbuk Roti, Menu Untuk Rumah Terbuka Yang Mudah Sedap

“Mereka di sini sebenarnya suka mencuba sesuatu yang baru, cuma kita yang kena pandai jinakkan mereka,” tambahnya.

Dari dapur apartment kini sebuah cafe!

Penat lelah Hisham selama empat tahun bermula dengan bisnes kecil-kecilan dari dapur apartment semakin membuahkan hasil apabila dia bakal membuka restoran Kantan Catering yang terletak 256 Johnston Street, Fitzroy, Melbourne. Lepas ini kalau ada sesiapa yang ke sana, ini adalah tempat wajib singgah tau.

Ada bermacam menu yang diperkenalkan Hisham. Bukan itu sahaja, suasana cafe ini sangat tenang. Anda seperti sedang berehat di rumah sendiri dan order sepuasnya!

Tahniah dan selamat maju jaya kami ucapkan untuk Kantan Catering.

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna