Rupanya Lain! Ini Cara Cuci Baju Sukan Dengan Betul

Lempar saja dalam mesin basuh, siap!

Itulah agaknya yang bermain dalam fikiran ibu semua. Tapi awas ya! Tak semua pakaian memiliki cara yang serupa untuk mencucinya. Pakaian sukan contohnya ada cara yang istimewa untuk dicuci. Jika tidak, mulalah ia akan mengendur dan tak selesa kalau nak bersukan.

Kebanyakkan pakaian sukan dihasilkan menggunakan kain jenis sintetis. Jadi, ada beberapa perkara yang anda perlu ambil tahu untuk memastikan pakaian sukan anda kekal dalam jangka masa yang panjang.

via GIPHY

Periksa label pakaian

Rajin-rajinkanlah tengok label pakaian anda. Ia boleh mempengaruhi kualiti baju sukan anda. Syaratnya pastikan untuk tidak guna air panas dan gunakan peluntur. Tengok jenis kain dulu sebab baju sukan kebanyakkannya tak murah. Air panas boleh menyebabkan kerosakkan kain jenis nilon.

Terlalu banyak guna pencuci

Ini pun satu hal juga. Penggunaan yang terlalu banyak boleh menyebabkan kerosakkan pada mesin dan pakaian. Pakaian rosak memang sedih, kalau mesin rosak bertambah-tambah sedih sebab terpaksalah cuci baju guna tangan.

via GIPHY

Guna pelembut kain

Pelembut kain akan menimbulkan bekas tompok pada pakaian. Bukan itu sahaja, ia juga akan menyebabkan sisa peluh anda melekat pada baju. Oleh itu, bakteria akan mudah menempel dan menyebabkan iritasi kulit.

Pembiakan bakteria

Jangan campur baju sukan yang berpeluh dengan baju kotor yang lain kerana akan menyebabkan pembiakan bakteria. Jadi, anda digalakkan untuk meletakkannya di dalam bakul dobi bersama pakaian lain yang hendak dicuci.

via GIPHY

Jangan guna mesin pengering

Baju sukan memang dicipta untuk cepat kering. Jadi, tak payah susah-susah nak guna mesin pengering. Sidai sahaja sudah cukup. Penggunaan mesin pengering mungkin akan merosakkan fabrik kain disebabkan haba panas yang melampau.

Baiklah, itu sahaja yang dapat dikongsikan mengenai cara mencuci pakaian sukan yang berlainan dengan baju anda yang lain. Boleh perlahan-lahan belajar dan amalkan. Good luck!

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna