Rupanya Kita Tak Digalakkan Tiup Lilin Waktu Sambut Hari Lahir Sebab…

Ingat lagi waktu kecil-kecil dulu, ibu kepada kawan tak bagi anak dia adakan sesi tiup lilin semasa sambut hari lahir. Kami pun tertanya-tanya. Katanya tak elok. Nanti umur tak panjang. Macam itu pula?

Bila dah dewasa ini, tiba-tiba jadi teringat dengan persoalan itu. Jom kita selongkar kenapa agak-agaknya tak elok tiup lilin waktu hari lahir. Kalau nak tahu, ada beberapa perkara yang kita lakukan tanpa sedar akan menyebarkan penyakit. Salah satu daripadanya ialah tiup lilin.

BACA: Topeng Muka &Face Shield& Mana Satu Sesuai Untuk Anak?

Menurut kajian yang tercatat dalam Journal of Food Research menunjukkan ketika kita berdiri untuk meniup lilin, ia akan menyebarkan jumlah bakteria  di atas kek sebanyak 1.400 peratus. Walaupun jarang berlaku kes penularan virus dilaporkan ketika meniup lilin, namun ada kemungkinan kuman disebarkan di atas kek semasa ia dimakan.

via GIPHY

Selain daripada tiup lilin, menggigit kuku atau hujung pensil juga boleh menyebarkan bakteria. Mungkin anda berpendapat ia adalah perbuatan yang boleh menghilangkan gugup atau tekanan yang sedang dialami. Tapi jaga-jaga! Walaupun kuku dan pensil kita kelihatan bersih. Namun, tiada siapa yang dapat pastikan berapakah jumlah bakteria yang berada di sana.

BACA: Normalkah Mempunyai Bulu Di Sekitar Lubang Dubur?

Kepada yang suka menggigit tu, janganlah selalu sangat buka penutup botol pakai gigi. Selain daripada boleh merosakkan gigi, ia juga boleh menyebakan kuman yang berada di botol itu berpindah ke dalam mulut.

Cantiknya rambut anda yang lurus dan beralun. Tapi cuba anda periksa sikit keadaan sikat  tu macam mana rupanya? Adakah rambut anda bergumpal dekat sikat? Ha…rajin-rajinkanlah diri kamu bersihkan sikat ya.

via GIPHY

Ini kerana, bukan hanya rambut gugur, tapi sisa produk kecantikan , minyak kulit kepala turut berpindah ke sikat dan berkampung di situ. Oleh itu rajin-rajinkanlah diri membersihkan sikat paling tidak sebulan sekali.

Begitulah anda beberapa perkara kecil yang kita ingatkan biasa sahaja tapi sebenarnya boleh membuatkan anda dijangkiti bakteria tanpa sedar. Jaga-jaga!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Kompas

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna