Rupanya 4 Gaya Rambut Ini Boleh Buat Anda Sakit Kepala! Patutlah!

Sakit kepala adalah benda yang selalu jadi dekat kebanyakan kita. Kadangkala sampai kita tak boleh bangun dan rasa nak muntah sebab dia ‘menangkap’ dekat kepala. Mulalah minta suami kita picitkan kepala. Sebenarnya ada banyak sebab tau yang menyebabkan kita sakit kepala.

Selain daripada darah tinggi, cedera atau cuaca terlalu panas. Cara kita menggayakan rambut pun memainkan peranan. Ini kerana, beberapa gaya rambut rupanya mencengkam akar rambut sehingga menyebabkan kita mengalami sakit kepala.

via GIPHY

Jadi, berikut adalah beberapa gaya rambut  yang mungkin anda nampak biasa tapi sebenarnya boleh mengakibatkan sakit kepala dan hilang mood seharian bekerja.

BACA: Meriah Betul! Video Frontliner Menari Hindustan Dengan Pesakit Jadi Perhatian

Tocang

Di bawah rambut anda, sebenarnya terdapat sarat yang sangat sensitif. Kena tarik sikit dah terasa sakitnya. Tocang yang ke belakang macam ini sebenarnya boleh menyebabkan rasa sesak di bahagian akar rambut seterusnya menyebabkan sakit kepala. Jadi, kalau anda rasa sakit kepala lepas menggayakan rambut ini, anda dah boleh lepaskan ikatan rambut anda dan urut sedikit di bahagian akar rambut.

Pakai headband

Pakai headband ini memang nampak style kalau pandai digayakan dengan outfit yang betul. Tapi bila sesuatu yang ketat mencengkam di kepala kita, ia boleh memberikan tekanan berterusan seterusnya menyebabkan sakit pada dahi dan kulit kepala anda. Jadi, kurangkan daripada memakai headband dekat kepala anda kerana ia boleh menyebabkan sakit kepala anda bertambah teruk.

BACA: Wow! Putihkan Baju Guna Ubat Sakit Kepala  Je

Tocang dua yang ketat

Ini pun sama macam tocang satu yang kita bincangkan sebelum ini. Bukan hanya menyebabkan tekanan pada bahagian kepala, ia juga boleh merosakkan rambut. Pakar juga ada berkata, boleh jadi ada wanita yang sakit kepala dua kali ganda kerana kulit kepala mereka lebih sensitif terutamanya jika mereka sedang period.

Hair extensions

Ramai juga yang buat ini kan untuk menampakkan rambut lebih lebat? Siapa yang pernah buat ini, dia tahulah yang memang kepala kita akan rasa macam berat sikit. Jadi, kulit kepala kita memang akan rasa macam tegang apa lagi kalau kulit kepala anda jenis sensitif.

Apa nak buat kalau anda sakit kepala?

Ini beberapa tip yang anda boleh lakukan kalau diserang sakit kepala:

  1. Urut perlahan-lahan kulit kepala anda dan tarik nafas dalam-dalam.
  2. Ubah gaya rambut yang tak memberi tekanan pada kulit kepala. Boleh juga beralih kepada potongan rambut yang lebih pendek.
  3. Dapatkan tidur yang mencukupi

Baiklah, itu sahaja perkongsian kali ini. Selamat mencuba semua!

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Brightside

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna