Rupa Vagina Pun Berubah Mengikut Usia. Wanita Sudah Berkahwin Wajib Baca!

Ha, jangan ingat bentuk wajah dan saiz badan je boleh berubah tau. Rupa vagina anda pun yang sebenarnya akan berubah seiring dengan peningkatan usia.

Topik ini mungkin agak sensitif bagi sesetengah wanita, namun hakikatnya anda perlu tahu kerana ia adalah antara organ terpenting buat wanita. Ilmu ini juga amat berguna buat anda yang sudah pun berkahwin dan mempunyai anak.

Perubahan besar pada vagina anda akan berlaku kepada vulva- Ini termasuklah labia (bibir faraj) dan vagina.

Perubahan Vagina Di Awal Umur 20-an

Pada usia ini, bentuk vagina akan berubah secara drastik. Akil baligh atau haid adalah tanda permulaan vagina anda menjadi matang.  Apabila ovulasi berlaku, cecair seperti mukus akan keluar melalui vagina.

Ini berlaku disebabkan hormon yang mana labia (bahagian luar dan dalam bibir vagina) menjadi lebih besar dan berubah warna.

Jangan khuatir dengan perubahan ini kerana penampilan vagina setiap perempuan adalah berbeza dan tiada yang betul atau salah. Anda juga mulai perasan perubahan pada bulu vagina yang akan menjadi tebal, malah berubah warna.

Dalam tempoh ini, lantai pelvis sangat kuat dan ini merupakan perubahan utama waktu remaja anda.

Perubahan Vagina pada Umur 30-an

Khas untuk anda yang bersalin secara normal, graviti dan proses bersalin secara normal akan menyebabkan lantai pelvis menjadi lemah dan menyebabkan otot vagina kehilangan daya cengkaman semula.

Pernah dengar tentang senaman kegel? Ha, waktu inilah anda perlu lakukannya dengan kerap.

Lantai pelvik yang lemah meletakkan wanita berisiko untuk mengalami prolaps organ pelvis, yang mana pundi kencing, rahim atau rektum jatuh dan menolak pada vagina. Keadaan ini meningkatkan risiko kencing manis atau faecal incontinence (tidak dapat mengawal proses kencing).

via GIPHY

Cara Senaman Kegel:

Nama lain bagi kegel adalah senaman kemut dan langkahnya sama seperti anda menahan kencing dan melepaskannya.

Senaman kegel akan membantu jika anda melalui proses bersalin normal. Tetapi harus diingat, vagina anda tidak boleh kembali ke bentuk dan saiz sebelumnya walaupun dengan kegel!

via GIPHY

Perubahan Vagina Pada Usia 40-an

Jika anda berada pada usia 40-an, anda harus tahu bahawa hormon estrogen mulai berkurang pada usia ini dan ia boleh menyebabkan labia kelihatan semakin longgar dan bulu vagina mulai menipis, malah bertukar warna.

Kekeringan faraj dan kedut pada vulva juga antara gejala menopaus. Tanda menopaus lain termasuk badan berasa panas, perubahan mood dan masalah haid yang tidak teratur. Kekeringan faraj adalah sesuatu yang normal, namun ia bukanlah sesuatu yang akan anda suka.

Ini kerana, aktiviti seks akan menyakitkan akibat kekeringan faraj, ia juga boleh menyumbang kepada prolaps atau jangkitan saluran kencing.

Perubahan Vagina Pada Usia 50-an

Jangan takut jika anda perasan terdapat perubahan pada warna vulva. Kulit mungkin kelihatan lebih nipis dan berkedut. Perlu diingat bahawa peringkat ini adalah normal dan harus dijangkakan pada usia 50-an.

Sentiasa dapatkan nasihat daripada doktor jika terdapat perubahan lain yang meragukan pada vagina anda kerana pelbagai jenis penyakit mampu datang lebih-lebih lagi apabila badan sudah berusia.

Apa yang penting adalah untuk anda sentiasa menjaga tahap kebersihan pada vagina dan lakukan senaman kegel setiap hari okay!

via GIPHY

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber : theAsianparent

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna