Rumahku Neraka! Ini Yang Perlu Dilakukan Jika Anda Mangsa Keganasan Rumah Tangga

Family isn’t always blood. It’s the people in your life who want you in theirs..

Ramai yang memuat naik momen bahagia bersama keluarga di laman sosial sejak Perintah Kawalan Pergerakan diadakan. Tak kisahlah main tiktok dengan adik-beradik, memasak dengan ibu atau berkebun. Namun, di sisi yang lain terdapat keluarga yang hidup merana dan PKP dianggap tempoh yang menyiksakan.

Mana tidaknya, ahli keluarga mereka tidaklah bahagia. Suami panas baran, suka pukul dan ambil duit anda sesuka hati. Anak suka melawan dan menagih dadah.  Ibu pun hidup dalam tekanan. Setiap hari adalah neraka bagi mereka.

Sumber: Time.com

Sebenarnya, kes keganasan rumah tangga memang menjadi topik yang perlu dibincangkan secara serius apa lagi sepanjang tempoh PKP yang memaksa semua untuk duduk di rumah lebih lama. Ini kerana risiko untuk berlaku penderaan dalam rumah bagi sesetengah keluarga bermasalah lebih tinggi.

Sebenarnya, peratus untuk panggilan aduan keganasan rumah tangga di Womens Aid Organization (WAO) makin berkurang sejak PKP. Tapi itu bukanlah perkara baik. Ini disebabkan ramai yang takut nak buat panggilan sebab pendera ada di dalam rumah. Yes, siapa berani jika segala pergerakan dikawal!

Sumber: issuesetc.org

Jadi, apa nak buat sekiranya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini anda merupakan mangsa keganasan rumah tangga? First things first, lakukan ini:

1) Dapatkan bantuan perubatan.

Jika anda mengalami kecederaraan, anda boleh pergi ke Jabatan Kecemasan dan Trauma di hospital kerajaan terdekat untuk rawatan perubatan.

Anda akan dirawat di bilik khusus yang dipanggil Pusat Krisis Bersepadu (OSCC). Sekiranya terdapat kaunter polis di hospital, laporan polis boleh dibuat dan mereka akan memberi anda Borang 59 di mana doktor akan mencatatkan kecederaan yang dialami.

2) Dapatkan bantuan daripada talian bantuan awam atau NGO.

Anda juga boleh menghubungi Talian Kasih KPWKM di 15999 atau mana-mana organisasi wanita yang  menawarkan bantuan seperti WAO.

3) Buat laporan polis.

Anda boleh pergi ke mana-mana balai polis untuk membuat laporan. Nyatakan kejadian dengan jelas termasuk tarikh dan masa penderaan bagi membantu tugas penyiasatan. Come on girls.. this is 2020, jangan takut untuk bertindak!

4) Rancang laluan keselamatan.

Sediakan pelan atau rancangan sekiranya anda terpaksa meninggalkan rumah secara tiba-tiba atas sebab keselamatan diri.

Pastikan anda mempunyai kunci rumah untuk keluar dari rumah. Simpan nombor telefon penting dengan anda pada setiap masa.

Sebenarnya, tidak ada alasan langsung untuk anda berdiam diri. Sayang macam mana pun anda dengan keluarga, keselamatan diri sendiri juga penting. Sayangilah diri anda sendiri dan keluarlah daripada kepompong keganasan rumah tangga. Donna bersama anda.

 

Baca juga:

Disebabkan Sihir Pemisah, Wanita Ini Terseksa Sehingga Terpaksa Bercerai

Vagina Kering Punca Hubungan Intim Semakin Hambar?

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Astro Awani

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna