Rugi Tak Pandai Makan Kaki Ayam, Banyak Manfaatnya!

Jaranglah orang tolak jika diberi ayam goreng, tapi kalau kaki ayam? Mesti ramai yang buat muka ala-ala geli kan? Belum cuba belum tahu, sebenarnya kaki ayam ni banyak khasiat yang anda boleh dapat daripada memakannya.

Sumber: tropical

Ramai yang mengatakan bahawa kaki ayam mempunyai kolagen yang tersendiri sehingga mampu menganjalkan kulit seseorang. Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh Fakulti Sains Haiwan Universiti Chun-Hsing di Taiwan kaki ayam mempunyai kandungan kolagen dan vitamin C yang sangat tinggi dan khasiatnya sama seperti sayuran dan buah-buahan.

Image result for women eat chicken feet

Sumber: the elliot

Kebiasaanya orang tua sering mengalami sakit sendi dan tulang yang rapuh, ia berpunca kerana tubuh badan tidak mencukupi kalsium dan tulang tidak dapat menyerap kalsium dengan baik. Jadi pengambilan memakan kaki ayam di waktu muda dapat membantu anda memelihara sendi dan mengelakkan risiko tulang rapuh.

Related image

Sumber: third

Protein dan kalsium adalah nutrisi penting untuk membantu semula menjana saraf. Tiada lagi alasan untuk tidak bersukan lepas ni okay? Kot-kot lah tercedera masa berjoging ke, tergeliat sendi ke jangan risau. Ini kerana dengan adanya nutrisi kaki ayam ia boleh membantu menyembuhkan kecederaan.

Sering mengalami gusi berdarah? Masalah ini sering terjadi apabila tubuh badan anda kekurangan zat besi dan vitamin. Kaki ayam adalah makanan yang mengandungi kolagen, amino asid dan zat pembentuk gelatin yang mampu memperbaiki keadaan gusi anda. Tak perlu geli lagi dah, rugi kalau anda tak makan kaki ayam. Jom jadikan ia sebagai hidangan rutin, mesti lepas ini kekal cantik dan sihat.

 

 

 

Sumber: rasa

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna