Rugi Ke Kalau Belajar Tinggi-Tinggi Tapi Akhirnya Jadi ‘Full-Time Housewife’?

Statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan anggaran wanita di negara ini pada tahun 2018 adalah berjumlah 15.7 juta orang bersamaan seramai 32.4 juta orang.  

Manakala jumlah  jumlah tenaga buruh dalam kalangan wanita yang dikeluarkan oleh Kadar Penyertaan Tenaga Buruh wanita meningkat 0.4 peratus kepada 54.7 peratus pada 2017 dan melihat statistik pada tahun sebelum ini, tenaga buruh wanita meningkat naik 0.3 peratus pada 2016.

Jadi, dari tahun ke tahun kita boleh lihat peratusan wanita bekerjaya semakin meningkat. Mungkin disebabkan perkembangan teknologi begitu pantas, begitu juga dengan kos sara hidup semakin meningkat yang membuatkan wanita memilih untuk menjadi individu yang berpendidikan serta mempunyai kerjaya.

Sumber: instagram vivy yusof

Namun, ada juga sesetengah wanita yang berpendidikan tapi terpaksa menjadi suri rumah atas desakan kehidupan atau kerana mahu menjaga sendiri anak-anak yang masih kecil. Tidak hairanlah, ramai wanita yang berpendidikan tinggi sekali pun, sanggup berkorban meninggalkan kerjaya profesional mereka.

Di laman twitter topik ini hangat diperkatakan:

Antara pandangan yang diberikan dengan mengatakan ia satu kerugian dan mempersoalkan kenapa perlu belajar tinggi-tinggi tapi akhirnya menjadi suri rumah ditambah pula dibebani hutang yang masih lagi ada baki yang tidak berbayar.

 

Ada juga mengatakan tidak mengapa untuk mendirikan rumah tangga walaupun sudah belajar ke first class degree sekalipun kerana ilmu dan didikan boleh diturunkan kepada anak mereka kelak.

Bagaimanapun, anda boleh dengarkan perkongsian pengalaman yang mungkin dapat mengubah persepsi dan mentaliti anda terhadap profession suri rumah yang mempunyai pendidikan tinggi. Anda boleh klik saja disini untuk dengarkan podcast Ais Kacang bersama Sue Anna Joe dan Maria Elena dalam episod 1 bertajuk After married, be a career woman or full-time housewife? 

 

 

 

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna