Ruang Tamu Berselerak Dengan Mainan Anak? Guna Cara Ini

Ya Allah! Baru kemas sejam yang lepas. Dah selerak balik!”

Bila ada anak kecil ni, mainan si manja seperti bongkah kayu, anak patung kecil, kereta mainan, buku kadbod selalu bersepah di serata rumah. Kadang tu sampai terpijak-pijak mainan mereka. Kaki kita yang sakit! Alahai anak!

Tapi, itu bukan isu yang akan Donna bincangkan dalam artikel ini. Apa yang akan diketengahkan adalah cara anda mengemas dan menyusun mainan si manja pada satu tempat. Iyalah, kadang tu kita dah kemas pun tapi masih lagi berselerak sebab banyak sangat mainan si manja!

Oleh itu, untuk mengetahui cara susun atur mainan si manja untuk kelihatan kemas, mari baca panduan di bawah ini.

Simpan mana yang penting

Sumber: toys for tots

Untuk menguruskan barang mainan si manja, sebolehnya anda perlu mengagihkan mainan mana yang sering si manja main dan juga sebaliknya. Mainan yang tidak selalu di main, asingkan atau berikan kepada yang lebih memerlukan.

Bakul yang besar

Sumber: a place for everything

Bakul adalah salah satu barang yang paling terbaik untuk menyimpan barang. Lebih-lebih lagi barang yang bersaiz kecil tetapi, bakul saiz apa yang menjadi pilihan anda?

Bakul yang sesuai adalah bersaiz besar jadi anda tidak perlu menggunakan bakul yang banyak untuk menyimpan barang.

Kelaskan barang mainan

Sumber: organize your stuff now

Jika anda ingin mendidik anak anda berdisplin, didiklah sejak dari kecil. Jadikan rutin mereka selepas main susun semula barang mengikut kelas mainan.

Misalnya, bongkah kayu untuk satu bahagian, mainan kereta untuk satu bahagian, patung untuk satu bahagian. Begitu juga mainan yang lain! Nanti nampaklah tersusun dan teratur.

Mudahkan si manja

Sumber: hollymuffin

Untuk mendidik anak menyimpan dan menyusun barang mainan mereka semula, bukan perkara yang mudah. Oleh itu, jadikan suasana yang menarik seperti letakkan label barang mainan mereka pada setiap rak.

Malah, sambil anda meminta si manja menyimpan barang, anda boleh mengajar mereka mengenal bentuk barang.

Jadikan perhiasan bilik

Sumber: craftgawker

Jika saiz bakul yang besar tidak mampu menampung kuantiti barang mainan si manja, mudah saja, gunakan kreativiti anda!

Ambil anak patung yang tidak muat untuk disimpan dalam bakul, hiaskan di atas katil anak anda dan biarkan si manja tidur dengan anak patung kesayangan mereka. Jika terdapat kereta mainan yang kecil, hiaskan pada dinding. Lekatkan rak di dinding dan susun kereta pada rak tersebut.

Itulah beberapa panduan menyusun barang mainan si manja. Semoga bermanfaat! Dan sambil mengemas barang budak tu, apa kata anda dengarkan senarai lagu di bawah yang kami sajikan.

 

 

 

Sumber: good housekeeping

 

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna