RM 35 Bilion Untuk Rakyat, PM Cadang Sugu Pavithra Jual Ayam Varuval?

Uii..Kak Radziah masak ape tu??”

Ha, tersedak akak kite bila terdengar namanya disebut-sebut oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataannya semalam.

Jika anda terlepas, kerajaan telah memperkenalkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) bagi menjana semula ekonomi negara yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Menurut kata Perdana Menteri, Penjana yang bertemakan Bersama Menjana Ekonomi mempunyai tiga teras utama iaitu memperkasakan rakyat; melonjakkan perniagaan dan merangsang ekonomi.

“Secara keseluruhan, terdapat 40 inisiatif bernilai RM35 bilion di bawah Penjana. Daripada jumlah ini, RM10 bilion adalah suntikan fiskal langsung daripada Kerajaan,” katanya pada Perutusan Khas Penjana, semalam.

Untung Kak Radziah dan Datuk Lim

Beberapa contoh mudah juga diberikan agar rakyat faham bagaimana Penjana dapat memberi manfaat;

“Saya ingin memberikan beberapa contoh mudah bagaimana PENJANA dapat memberi manfaat kepada anda sekalian. Misalnya, Kak Radziah pengusaha taska di bawah pakej PRIHATIN telah mandapat manfaat daripada subsidi upah dan sebagai seorang usahawan mikro telah menerima Geran Khas Prihatin sebanyak RM3,000.

Di bawah PENJANA, Kak Radziah sekarang dapat menikmati pelanjutan subsidi upah untuk 3 bulan lagi. Di samping itu, dengan pembukaan semula taska selepas PKP, Kak Radziah juga sekarang layak menerima bantuan taska sebanyak RM5,000 dan juga insentif kursus asuhan sebanyak RM900 bagi setiap pekerjanya. 76.

Satu lagi contoh ialah Datuk Lim. Di bawah PRIHATIN, Datuk Lim mendapat manfaat daripada moratorium pinjaman bank yang membantu kelangsungan aliran tunai perniagaannya. Selain itu, perniagaan Datuk Lim di bawah PRIHATIN juga dikecualikan levi HRDF. Ekoran pengecualian cukai untuk pembelian rumah dan kereta di bawah PENJANA, Datuk Lim sekarang berminat untuk membeli pangsapuri dan kereta untuk anak dewasanya.

Di samping itu, bagi menyokong mengurus perniagaannya dari rumah, Datuk Lim menikmati internet percuma bagi membuat persidangan video dan dapat pengecualian cukai pendapatan untuk pembelian laptop baharunya.”

Sugu Pavithra Jual Ayam?

Sambung beliau lagi,

“Saya berharap, usaha Kerajaan ini dapat terus memberi manfaat kepada rakyat. Contohnya seperti Encik Sugu dan Puan Pavithra yang viral di media sosial bulan lepas. Mudah-mudahan mereka dapat meningkatkan kemahiran 19 dan membuka kedai makan pada satu hari nanti. Bolehlah kita merasa ayam varuval mereka.”

Ha, apa lagi Puan Pavithra? PM dah bagi green light suruh bukak kedai jual ayam varuval. Kalau diusahakan mesti laris kan?

 

 

Baca juga:

Bermodalkan 2 Periuk, 1 Kuali & Sudip, Pasangan Ini Berjaya Jana Duit Sebagai Youtuber!

Dah Dapat ‘Gaji’, Sugu Pavithra Kata Tak Sampai RM 144,000?

 

 

*Gambar sekadar hiasan

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna