Risiko Rahim Pecah Untuk ‘Caesarean’. Perlu Ke Ikat Peranakan?

Untuk wanita yang pernah mengalami 3 kali pembedahan Caesarean, kehamilan yang seterusnya adalah tidak digalakkan. Kehamilan selepas kali ketiga caesarean bakal memberikan risiko kepada pihak ibu dan anak. Malahan anda juga berisiko untuk berdepan dengan situasi rahim koyak atau pecah pada masa akan datang jika hamil lagi. Oleh itu dicadangkan untuk mengikat rahim.”

Sedih memang sedih kerana tidak mempunyai peluang untuk hamil dan memiliki anak yang ramai. Tetapi itu adalah kenyataan yang perlu anda sedar agar memastikan keselamatan serta kesihatan sistem dalaman dalam keadaan baik. Prosuder ‘ikat peranakan atau rahim’ ini dinamakan Sterilisasi dan ianya satu prosedur pembedahan untuk menghalang wanita daripada mengandung. Sterilisasi ini akan dilakukan selepas mendapat keizinan tuan punya badan dan direstui oleh pasangan. Ianya dilakukan sama ada secara pembedahan iaitu ketika bersalin secara pembedahan, selepas bersalin ataupun secara laparoskopi. Sterilisasi menghalang dari berlakunya persenyawaan di antara benih telur dan sperma. Prosedur ini tidaklah begitu rumit tetapi mengambil sedikit masa untuk dijalankan. Bukan sahaja wanita, lelaki juga boleh disterilisasi dan ia dikatakan lebih cepat dan lebih selamat untuk mengelakkan daripada mengandung. Walau bagaimanapun, jangan membuat keputusan secara mendadak! Anda dan pasangan perlu mengetahui kebaikan, keburukan dan juga prosudernya terlebih dahulu. Proses sterilisasi adalah kekal dan sukar untuk dikembalikan kepada fungsi asal mengikut jenis-jenis sterilisasi yang dilakukan. Oleh itu anda perlulah nekad dan pasti semasa memilih keputusan ini. Minta pandangan daripada pakar terlebih dahulu jika tidak pasti dengan keputusan yang ingin dibuat.

Sumber Foto: siraplimau.com

Jika memilih untuk ikat peranakan, hubungan kelamin dan fungsi organ kelamin juga tidak akan terjejas. Anda serta pasangan seperti biasa boleh menikmati hubungan kelamin tanpa memikirkan masalah mengandung secara tidak sengaja.  Aktiviti hubungan kelamin tidak terbantut serta tergendala, malah boleh dilakukan walaupun semasa hari-hari subur. Selepas prosedur juga, anda tidak perlu lagi mengamalkan mana-mana kaedah perancangan yang lain. Kitaran haid juga tidak terganggu, tetapi sekiranya anda pernah mengamalkan penggunaan pil perancang keluarga, anda akan mendapati haid tidak lagi tetap serta jumlah darah haid mungkin tidak sedikit seperti masa-masa sebelum ini. Selain itu, prosedur ini juga mungkin mengurangkan risiko kanser tertentu dan juga penyakit keradangan pinggul.

 

RISIKO IKAT PERNAKAN ANDA PERLU TAHU!

Sumber Foto: webmd.com

Mana-mana kaedah perancangan keluarga tetap ada kebarangkalian untuk mengandung, tetapi secara statistiknya, peluang itu adalah tipis. Untuk kaedah sterilisasi ini, peratus kemungkinan mengandung kembali adalah satu dalam 100 untuk tempoh kitaran haid 10 tahun. Perlu ditegaskan di sini, sekiranya anda tiba-tiba tidak datang haid untuk bulan tersebut, periksalah dengan ujian mengandung melalui air kencing kerana dikhuatiri berlakunya kandungan di luar rahim. Doktor mungkin akan melakukan pemeriksaan ultrasound untuk kepastian. Di antara komplikasi-komplikasi lain yang mungkin dialami termasuklah:

  • Pendarahan pada bahagian abdomen di mana pembedahan dilakukan.
  • Pendarahan di dalam rongga abdomen.
  • Jangkitan.
  • Komplikasi dari pembiusan.
  • Kecederaan pada usus dan juga pundi kencing.
  • Kecederaan melecur elektrik pada kulit dan juga usus.

Komplikasi berkemungkinan meningkat sekiranya anda:

  • Mempunyai penyakit kencing manis.
  • Mempunyai sejarah pembedahan pada abdomen dan juga pinggul.
  • Mempunyai penyakit paru-paru.
  • Sejarah penyakit serta keradangan pada organ reproduksi.
  • Mempunyai berat badan yang berlebihan mengikut umur serta ketinggian.
  • Penjagaan susulan

Sumber Foto: shutterstock.com

Selepas prosuder ini dilakukan, anda juga mungkin akan mengalami sedikit simptom dan masalah ringan.  Biasanya ia akan hilang selepas 24 hingga 72 jam. Oleh sebab itu anda akan dibekalkan dengan ubat penahan sakit di dalam wad dan juga untuk kegunaan di rumah selepas keluar wad. Pastikan tempat luka itu dicuci bersih dan dibiarkan kering. Sekiranya anda curiga akan proses penyembuhan pada luka pembedahan tersebut, segeralah berjumpa doktor. Aktiviti harian boleh diteruskan seperti biasa. Kembali berjumpa doktor yang merawat mengikut arahan untuk pemeriksaan susulan. Anda juga masih memerlukan pemeriksaan berkala lain seperti pemeriksaan payudara, ujian saringan ‘pap smear’ dan sebagainya. Antara alahan ringan yang akan anda dapat adalah seperti ketidakselesaan ataupun sakit di bahagian pembedahan dan juga pada abdomen itu sendiri. Anda juga akan berasa loya-loya serta mual dari ubat-ubat yang digunakan. Alahan lain:

  • Sakit pada hujung bahu.
  • Rasa tidak selesa di dalam tekak, mungkin juga serak (ini sekiranya pembiusan menyeluruh digunakan).
  • Kekejangan pada otot-otot.
  • Rasa tidak selesa badan dan letih.
  • Pening-pening lalat.

 

 

 

Sumber: Mydoc Asia

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna