Risiko Dijangkiti Virus Bahaya Sangat Tinggi Kalau Tak Tahu Etika Bila Jumpa Orang Utan

Baru-baru ini tular satu video yang menunjukkan pasangan selebriti media sosial, Syafiqah Aina dengan suami dan anaknya bergambar dengan dua ekor Orang Utan yang jinak dan pintar di salah sebuah perlancongan di Bangkok, Thailand. Wah! Bestnya…

Video ringkas yang dimuat naik oleh suami Syafiqah, Hafiz Mahamad telah pun tular kerana gelagat keluarga kecil ini dengan Orang Utan sangat mencuit hati dan video tersebut sampai ke pengetahuan salah seorang doktor perubatan, Dr Nimelesh.

View this post on Instagram

Anak lebih relax dari mummy 😂 Full video Bangkok, korang subscribe youtube AINAA CHANNEL 💓

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad) on

Berikutan itu, Doktor Perubatan menegur dengan sopan tindakan dan perbuatan pasangan selebriti tersebut mempunyai risiko yang merbahaya dan teguran dilakukan menerusi akaun twitter miliknya. Teguran itu turut disertakan dengan beberapa poin tentang garis panduan etika semasa berjumpa dengan Orang Utan. Antaranya….

  1. Jangan beri makanan kepada Orang Utan sebarangan kerana takut memberi kesan buruk pada hidupan ini.
  2. Tolong jangan cium Orang Utan kerana anda berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan virus, kuman, parasite seperti influenza, pneumonia, cholera, tibi dan banyak lagi jangkitan yang bahaya.
  3. Orang ramai elakkan menyentuh Orang Utan atau Orang Utan menyentuh anda kerana kemungkinan besar anda boleh mengalami penyakit berjangkit, infeksi, dan parasite. Jalan terbaik untuk melihat spesis ini adalah menggunakan teropong. Walaupun anda tidak berniat untuk memegang mereka tapi tangan panjang dan empat jari mereka sangat cekap dan pantas daripada pergerakan manusia biasa untuk mencapai apa saja di sekeliling mereka.
  4. Elakkan berpindah atau duduk di kawasan yang mempunyai spesis haiwan liar ini kerana mereka boleh bertindak agresif jika mereka rasa terancam walaupun anda tidak berbuat apa-apa.

Sumber: huffingtonpost

Pergh, tak sangka banyak peraturan yang masih ramai tak tahu jika melawat haiwan-haiwan ni kan. Banyakkan membaca dari sumber yang benar supaya tidak memberi kesan buruk pada diri. Semoga artikel ini beri manfaat buat anda semua!

 

Untuk lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Kembangkan Minda Anak Dengan 20 Soalan Ini

Bela Atau Tak, Ketahui 10 Makanan & Minuman Yang Tak Boleh Beri Pada Kucing

 

 

 

 

Sumber: ig hafizmahamadtwitter

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna