Rindu! Erra Fazira Qada’ Aktiviti Bersama Puteri Sulungnya Selepas 10 Hari Tidak Berjumpa

Siapa saja tidak mengenali primadona Malaysia iaitu Erra Fazira atau nama sebenar Fazira binti Wan Chek yang dulunya pernah membolot gelaran Ratu Cantik Miss Malaysia World pada tahun 1992. Mana tidaknya, dia lah model, pelakon, penyanyi, pengacara, ibu dan juga isteri. Wanita serba bolehlah orang kata.

Hasil daripada perkahwinan keduanya bersama Engku Emran, pasangan tersebut telah dikurniakan dengan seorang anak perempuan yang cantik bernama Engku Aleesya.

Sumber: hangat

Kepada yang mengikuti laman Instagram pelakon berusia 44 tahun ini, pasti mengetahui hubungan rapat antara Erra dan puteri sulungnya. Tetapi, sebagai ibu yang berkerjaya, Erra tidak dapat meluangkan masa sepenuhnya bersama Aleesya.

Terbaru, menerusi akaun Instagram milik Erra Fazira, dia telah memuat naik beberapa keping video dan gambar menunjukkan aktiviti mereka berdua selepas 10 hari tidak berjumpa. Malah, Erra turut mengakui dirinya terlalu merindui puteri sulungnya itu dan akan meluangkan masa dengan sebaiknya.

Antara aktiviti mereka berdua adalah membaca Al-Quran, bermain aplikasi snapchat, bernyanyi bersama, mewarnakan rambut dan bergurau. Comel sangat dua beranak ni.

Antara kata-kata nasihat, manis dan semangat antara Aleesya dan Erra.

 

 

 

 

Sumber: instagram Erra Fazira

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna