Rimas Suami Tidur Berdengkur? Ikut Cara Mudah Kurangkan Masalah Ini

Dah lah penat balik bekerja, time nak tidur suami pulak berdengkur! Walaupun sudah terbiasa tapi pasti kadangkala anda akan berasa rimas sehingga membuatkan anda sukar untuk tidur. Dengkur terjadi apabila pergerakan udara terbatas di antara hidung dan tekak ketika tidur.

Setiap orang berbeza bunyi dengkurannya dan ia bergantung pada tubuh badan seseorang. Buat wanita di luar sana jangan risau anda boleh kurangkan masalah dengkur dengan cara mudah yang Donna ingin kongsikan.

Related image

Sumber : fmt

Tinggikan kedudukan kepala dan tidur dalam posisi mengiring. Kedudukan lidah dan rahang akan bergerak ke depan, secara tidak langsung ia akan melancarkan saluran pernafasan anda. Elakkan tidur dengan membelakang badan anda kerana lidah,dagu dan lebihan lemak tisu di bawah dagu akan menutup saluran pernafasan anda. Anda juga boleh bantu suami dengan membelikan bantal khas yang direka untuk memastikan keselesaan otot leher dan mengurangkan dengkur.

Related image

Sumber : Hydroclean

Punca dengkur ketika tidur juga disebabkan berat badan yang berlebihan. Penurunan berat badan yang sedikit mampu untuk mengurangkan lemak tisu di belakang tekak yang menyebabkan saluran pernafasan sempit. Cuba check  adakah suami anda seorang perokok? Tabiat merokok sebenarnya memberi kesan yang tinggi pada tubuh badan seseorang kerana ia menggangu saluran tekak dan hidung yang akan menyebabkan dengkur. Lepas ni nasihat kan para suami anda untuk berhenti merokok ye!

Image result for smoking

Sumber : Fortune 

Masalah dengkur tak boleh buat main tau, takut nanti lama-kelamaan ia boleh jadi punca pergaduhan. Cuba dapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor. Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda dan pasangan untuk tidur yang berkualiti dan lebih lena.

 

 

 

 

 

Sumber : iluminasi

Tags:
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna