Rimas Kulit Kepala Masih Berkuping? Guna Tip Ini Untuk Hilangkannya

Ish mesti stres kan, kalau asyik-asyik garu kepala je, nak berhadapan dengan orang pun tak selesa. Masalah kelemumur ni memang sering menjadi dilema buat kaum lelaki dan wanita tambah lagi jika ianya berkuping. Jangan dibiarkan, penting untuk anda menjaga imej dan penampilan diri agar sentiasa kelihatan bersih dan kemas.

Mungkin anda di antara sudah menggunakan pelbagai cara namun ia masih kelihatan di kulit kepala. Tip utama yang anda perlu terapkan adalah mengamalkan gaya hidup yang sihat. Haa macam mana tu, jom lihat perkongsian di bawah!

Image result for minum air kosong

Sumber: baituljannah 

Minum Air Mineral Secukupnya!

Elakkan diri daripada dehidrasi kerana sememangnya ia tidak baik untuk tubuh badan dan kulit anda. Apabila anda kurang minum air ia bukan sahaja memberi kesan kepada kulit badan malah ia akan menjejaskan kulit kepala serta rambut. Kekeringan pada kulit kepala adalah satu pembentukan kelemumur termasuk jenis yang berkuping.

Image result for garam

Sumber: makanlena

Hilangkan Ia Dengan Garam

Garam adalah bahan mudah untuk didapati di rumah dan ia digunakan sebagai petua untuk membasmi kuman dan luka.

  • Didihkan air untuk membunuh kuman di dalamnya.
  • Masukkan tiga sudu teh garam dan kacaukan.
  • Gunakan air suam dan urut selama lima hingga lapan minit
  • Bersihkan rambut menggunakan air bersih dan syampu.

Image result for vitamin B

Sumber: blackmores

Vitamin B

Selain buah-buahan, nutrisi vitamin B boleh didapati melalui sayuran, telur dan ikan . Perbanyakkan diri untuk mengamalkan makanan yang mempunyai khasiat vitamin B untuk mencegah daripada kulit anda menjadi kering dan berkuping.

 

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Nak Rambut Licin Dan Selembut Sutera Macam Anzalna? Jom Cuba 3 Petua Ni

 

 

 

 

Sumber: hilangkankelemumur 

 

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna