Rezeki Yang Tak Disangka! Tunku Azizah Tawar Nak Bantu Izzue Islam Dapatkan Zuriat

Siapa tak mengenali Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah yang pernah menjadi bualan ramai di media sosial disebabkan tweetnya yang menghiburkan dan mesra alam dengan rakyat.

Apa yang menarik perhatian kami adalah apabila baru-baru ini Permaisuri telah menawar bantuan kepada pelakon hebat, Izzue Islam untuk mendapatkan zuriat pada ketika bertemu di belakang pentas selepas dirinya habis untuk pementasan teater Mak Yong.

Menurut Izzue, tawaran itu terjadi secara tak langsung kerana pada mulanya dia tidak banyak cakap sebab segan namun, apabila permaisuri sendiri mengatakan dia sering mengikuti perkembangannya di media sosial, terus saya ditawarkan pertolongan mengenai hal zuriat.

Sayangnya, disebabkan kepadatan jadual salah seorang bekas kumpulan Forteen ini tidak mempunyai masa yang sesuai untuk berjumpa dengan baginda lagi tapi perancangannya pada awal tahun hadapan selepas selesai saja sesi penggambaran. Perkara ini dilaporkan menerusi sebuah portal tempatan.

Izzue yang sudah pun 7 tahun mendirikan rumah tangga dan masih tidak dikurniakan zuriat, masih lagi menanti dengan sabar dan setia bersama isterinya. Contoh suami yang baik Izzue ni, bukan senang nak dapat suami yang sabar bila lambat dikurniakan zuriat, ramai lelaki untuk berkahwin lain atas alasan ingin mendapatkan zuriat.

Kepada mereka yang sudah pun mendirikan rumah tangga lebih dari 3 tahun dan masih tidak mempunyai zuriat dan tidak berkemampuan untuk melakukan rawatan IVF, anda juga boleh dapatkan rawatan di Yayasan Fertiliti Tunku Azizah hanya klik di sini.

 

Untuk bacaan yag lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Adakah Suami Yang Alim Penentu Kepada Zuriat Yang Soleh & Solehah? ,

Nampak Biasa Tapi Ibu Bapa Tak Tahu, Ia Boleh Buat Anak Terlibat Dengan Zina

 

Sumber: mstar

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna