Rezeki Dapat Main Salji Walaupun Bukan Pada Musim Sejuk Di Mount Buller Melbourne

Seronoknya jika dapat bawa anak-anak merasai suasana snowfall dan salji tebal! Mesti ramai yang memilih musim sejuk sebagai pilihan untuk melancong kerana pemandangannya yang indah dan cuaca tenang mampu membuatkan anda tidak akan lupa tentang pengalaman tersebut bersama keluarga.

Mungkin ramai yang tahu bahawa Australia dikenali sebagai negara 4 musim yang tiada salji, namun baru-baru ini penulis dapat merasai sendiri pengamalan bermain salji di Melbourne yang mana kawasannya diliputi salji iaitu di Mount Buller.

Sepanjang Perjalanan Ke Mt Buller

Perjalanan mengambil masa selama 3 jam membuatkan anda rasa tidak sabar untuk sampai ke sana. Mt Buller merupakan salah satu tempat terkenal untuk melakukan segala aktiviti bermain salji seperti chairlift, toboggan ride dan main ski. Sepanjang perjalanan ke sana anda akan menikmati pemandangan berkabus seperti dalam filem Twilight gitu!

Dah Masuk Musim Bunga Tapi Ada Snowfall 

Disarankan untuk pergi waktu working day kerana ia tidak ramai orang dan lebih selesa jika bawa bersama anak-anak kecil. Bukan itu sahaja  sudah masuk musim bunga, tapi siapa sangka dapat merasai snowfall turun sebaik sahaja sampai di atas. Memang feeling habis!

Bagi yang suka posing tu, anda perlu tahu ketika musim sejuk bateri phone cepat habis, jadi jangan lupa untuk bawa powerbank nanti terlepas pula kenangan yang indah ni!

Jika menaiki kereta anda boleh parking di satu kawasan khas dan di sana mereka menyediakan free shuttle bus untuk naik di atas. Segala peralatan dan baju sejuk anda boleh sewa dengan harga yang berpatutan. Pastikan anda memakai pakaian tebal dan sarung tangan yang bersesuaian kerana cuaca di sana boleh  mencecah sehingga -5 dan  jika kulit anda terlampau kering boleh menyebabkan tangan mudah luka.

So tunggu apa lagi, takkan nak tengok dalam drama je orang bermain salji! Anda pun boleh rasainya sendiri, tapi rancang percutian dengan lebih awal agar perjalanan lebih teratur.

 

Untuk artikel lebih menarik anda boleh klik link di sini :

Ini Trick Terbaik Untuk Elak Tangan Nampak Tua Berbanding Muka

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna