‘Reward’ Si Manja Dengan Tonton Wayang Cerita Animasi Penuh Pengajaran

Bercakap tentang bawa si kecil menonton wayang, mesti ramai yang mengatakan itu adalah langkah yang sia-sia kerana akhirnya mereka tidak memberi fokus kepada jalan penceritaan. Lebih-lebih lagi bila jalan cerita tu mengambil masa berjam lamanya. Biasalah, budak-budak cepat bosan dengan sesuatu perkara.

Sebagai ibu bapa, kita kena tahu cerita apa yang sesuai untuk bawa si kecil masuk ke panggung. Kalau bawa mereka menonton wayang cerita aksi, thriller atau seram, memang tak sesuai la. Cuba bawa mereka menonton wayang cerita yang sesuai dengan umur mereka. Misalnya, genre animasi.

via GIPHY

Antara kartun animasi yang penuh pengajaran dan boleh ditonton juga dalam kalangan umur dewasa adalah…

Ejen Ali

Kisah yang mengisarkan tentang seorang kanak-kanak bernama Ali yang perlu menjaga negaranya dari serangan jahat. Perjalanannya seorang ejen bukanlah mudah yang disangka. Banyak cabaran dan perkara yang tak dijangka berlaku tapi bagaimana Ali mengawal situasi, semuanya terjawab dalam Ejen Ali The Movie.

Boboiboy

Seterusnya kartun Boboiboy, mengisahkan seorang kanak-kanak yang mempunyai beberapa kuasa untuk menentang musuhnya. Bagaimana seorang kanak-kanak menentang musuh yang jauh lebih hebat darinya? Semuanya terletak pada skill dan trick Boboiboy.

Upin Ipin

Kisah dua beradik kembar dan kawan-kawannya yang tersesat dalam satu negeri yang dinamakan Inderaloka. Sepanjang mereka tersesat di negeri tidak diketahui tu, pelbagai rintangan yang mereka perlu hadapi. Bagaimana kanak-kanak berusia 5 tahun menyelamatkan diri dari situasi penuh mendebarkan ini?

Saksikan Upin Ipin Keris Siamang Tunggal.

Trolls II

Cerita animasi ini tidak seperti ketiga-tiga animasi di atas kerana Trolls II ini tidak mempunyai unsur aksi tapi lebih kepada bermain dengan emosi dan perasaan. Sangat sesuai untuk kanak-kanak untuk belajar mengenai emosi dan kasih sayang antara keluarga, kawan dan kekasih.

Menariknya lagi, dalam Trolls II ni ada kesemua genre lagu yang mungkin anda sendiri tak sangka lagu tersebut dinyanyikan dalam kartun Trolls. Pengajaran yang disampaikan pula sangat berkait rapat dengan hubungan dengan orang sekeliling kita.

Untuk saksikan Trolls II ni, jangan lupa ke pawagam pada 12 Mac ini. Bawa anak sekali ye, jangan masuk dengan hubby je, ihiks!

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Bukan Tipikal Kartun Animasi, Ejen Ali Bagi Penonton Bergenang Air Mata

Movie Plot Twist Yang Wajib Layan Bila Bosan!

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna