Restoran ‘Vegetarian’ Jamu Pelanggan Daging Manusia

Pihak berkuasa yang menyiasat premis itu mendapati dinding dapur restoran itu dikotori kesan percikan darah selain ketulan daging manusia di lantai.”
Pelanggan di sebuah restoran vegetarian hairan apabila menu yang disajikan mengandungi daging yang sepatutnya ‘haram’ disajikan di mana-mana restoran sajian sayuran di dunia.  Seorang pelanggan yang makan di restoran berkenaan telah membuat aduan kepada pihak berkuasa kerana tidak berpuas hati dihidangkan daging sedangkan makanan dijual di situ sepatutnya hanya sayuran. Menurut HMOnline, setelah siasatan dilakukan pihak berkuasa mendapati ia bukannya daging babi atau lembu, sebaliknya milik manusia. Pemilik restoran yang bertempat di Bangkok, Thailand itu dikatakan telah membunuh dan memotong mayat pelanggannya selepas terlibat dalam satu pertengkaran. Namun lebih memualkan lagi apabila dia kemudian bertindak memasukkan daging mangsa dalam hidangan yang dijualnya.

Sumber Foto: Oriental Daily

Pihak berkuasa yang menyiasat premis itu mendapati dinding dapur restoran itu dikotori kesan percikan darah selain ketulan daging manusia di lantai. Polis kemudian menemui mayat lelaki berusia 61 tahun dalam keadaan mereput di dalam tangki najis. Pemilik restoran itu sudah menghilangkan diri selepas mengetahui pelanggan melaporkan hal itu kepada polis. Mayat yang dijumpai dikenal pasti sebagai pelanggan tetap restoran terbabit, Prasit Inpathom. Kali terakhir mangsa dilihat berada di kedai itu pada 21 Oktober lalu. Polis mengesyaki suspek cuba menghapuskan mayat itu dengan mengisarnya dan menghidangkan dagingnya kepada pelanggan. Menurut laporan media tempatan, Prasit mengalami kecederaan parah ketika bergaduh dengan pemilik kedai itu.

Sumber Foto: Oriental Daily

Mangsa telah dipukul di bahagian kepala dengan objek tumpul dan terdapat beberapa kesan tikaman di badannya. Polis kini sedang dalam usaha memburu suspek.

Sumber Foto: Oriental Daily

 

 

Sumber: hmetro news.com.au

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna