Resipi Viral Cheese Cake Lotus Biscoff ‘Non-bake’

Bagi anda yang mahu memulakan bisnes online atau berniaga secara kecil-kecilan, perniagaan menjual makanan antara yang paling menguntungkan. Lebih-lebih lagi di Malaysia yang ramai daripada rakyatnya adalah penggemar makanan.

Sehinggakan pelbagai jenis resipi makanan dan juga minuman yang menjadi viral di negara kita. Baru-baru ini viral lagi sekali resipi makanan yang digemari ramai. Lotus Biscoff Cheese Cake merupakan menu yang menjadi bualan ramai sehingga ramai juga yang mencuba untuk membuatnya sendiri.

Jadi hari ini Donna mahu kongsikan kepada anda semua resipi mudah untuk menghasilkan cheese cake ini. Seperti biasa, kita mula dengan keperluan bahan-bahan terlebih dahulu.

Bahan-bahan Crust

  • 125 gram Lotus biscuits
  • 45 gram unsalted butter jenama Anchor

Bahan Cream Cheese

  1. 250 gram cream cheese jenama Royal Victoria
  2. 150 gram whipping cream(dairy) jenama Anchor
  3. 25 gram castor sugar
  4. 1 sdb Biscoff spread

Dapatkan terlebih dahulu bahan-bahan yang tersenarai di atas. Resipi ini dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang mengolah resipi dari yang original. Pengguna Facebook yang bernama Nani Mohd mengolah resipi kek ini dengan menghasilkannya tanpa perlu membakar.

Foto:Bidadari.my

Cara-Cara Menghasilkannya:

  1. Hancurkan semua biskut Lotus
  2. Panaskan kuali dan cairkan butter, kemudian satukan dengan biskut yang sudah hancur tadi. Kacau sehingga bahan-bahan itu menjadi rata.
  3. Letak dalam loyang saiz 6 inci. Rata dan padatkan bahan. Setelah selesai, masukkan dalam peti sejuk dan biarkan ia sejuk.
  4. Sementara itu, keluarkan dan biarkan cream cheese lembut sedikit. Ambil masa sehingga 15 minit, kemudian kacau cream cheese sehingga ia menjadi berkrim dan masukkan 1 sudu besar adunan biscoff tadi.
  5. Kacau whipping cream dengan castor sugar sehingga lumat dan elakkan daripada terlebih kacau. Cuba tuang setelah kepuk sekian lama dan jika dituang bahan tidak tumpah, berhenti kacau.
  6. Tuang dalam loyang dan sejukkan lagi dalam peti.
  7. Cairkan 180 gram biscoff spread (boleh guna kaedah double boil) dan biar sehingga sejuk
  8. Bila sejuk terus tuang dalam loyang.
  9. Kalau ingin buat decoration untuk drip boleh simpan sedikit. Kemudian sejukkan selama 3-4 jam.
  10. Apabila betul-betul sejuk boleh keluarkan dari loyang dan boleh dimakan! Nyum!

Semoga artikel ini dapat membantu anda menghasilkan menu ini dengan mudah dan jika anda mempunyai tips dan pandangan yang berbeza dalam penyediaan kek ini, jangan malu untuk kongsikan pada Donna ya!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Facebook

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna