Resipi Rahsia Udang Merah Petai Yang ‘Confirm’ Buat Bangkit Selera

Mungkin ada yang rasa resipi yang kami nak kongsikan dalam artikel kali ini agak biasa atau orang mat saleh kata, common. 

Tapi, percayalah anda tak akan menyesal baca sampai habis sebab ada tip dan bahan ‘rahsia’ yang mungkin kebanyakan daripada kita tak tahu lagi bahan tersebut dapat membangkit selera.

Jom kita lihat senarai bahan dan cara penyediaan hidangan rahsia Udang  Masak Merah Petai!

Bahan-bahan

  1. Udang harimau 20 ekor
  2. Petai
  3. Minyak
  4. Cili boh
  5. Budu 1 sudu
  6.  Bawang bangla
  7. Serbuk perasa
  8. Serai yang sudah diketuk.
  9. Gula gerek 1/3 bahagian
  10. Air satu gelas kecil.

Sumber: butterkicap

Cara penyediaan

  1.  Panaskan minyak.
  2. Masukkan cili boh mengikut jumlah citarasa sendiri. Nak kuah banyak, letak je banyak, kalau nak sikit, letak je sikit. Tak ada salah dan tak ada betul.
  3. Goreng cili boh sehingga naik minyak dan aroma.
  4. Masukkan serai dan gaul sehingga sebati.
  5. Masukkan udang harimau yang sudah dibasuh bersih.
  6. Kacau sehingga udang masak.
  7. Masukkan petai yang sudah dibasuh dan kacau sehingga sebati.
  8. Akhir sekali masukkan gula gerek, serbuk perasa dan budu sehingga dapat rasa yang harmoni.
  9. Masukkan hirisan bawang bangla.
  10. Hidangkan bersama nasi panas!

Sumber: resipichenom

Jangan berkerut muka tu bila nampak bahan yang dgunakan dalam resipi udang masak merah petai yang kami kongsikan ni ada budu. Ha, ini lah ‘rahsia’ yang dimaksudkan, rasa dia pun lain tau!

Bertambah sedap dan padu! Tak percaya try la masak nanti. Lepas itu cuba bagi dekat jiran, confirm jiran sebelah tanya resipi ni. Sebenarnya, budu ni kami gantikan dengan garam dan rasa hidangan memang lain.

Paling penting, masukkan budu, gula gerek dan serbuk perasa di akhir masakan utuk mengelakkan tekstur udang keras. Selamat mencuba!

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Hidang Makan Malam Mudah Dengan Udang Cajun

Hanya 10 Minit, Bekalkan Si Manja Dengan Nugget Udang Buatan Sendiri!

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna