Resipi Gulai Tempoyak Patin Lain Dari Yang Lain

Kenapa letak timun? Peliknya!”

Lain orang lain cara masak malah dalam masakan tiada yang salah dan tiada yang betul asalkan rasa pada akhir hidangan mencapai tahap enak dan nikmat itu sudah cukup memadai.

Waktu sis kongsikan cara masak Gulai Tempoyak Ikan Patin, ada yang bertanya kenapa cara masak sedikit lain. Mungkin dia orang Pahang kerana orang Pahang tak menggunakan timun dalam gulai tempoyak tapi kali ni kita akan letak.

Lainnya lagi tempoyak cara  masak kali ini adalah dengan memasukkan hirisan daun kunyit walaupun orang lain masukkan daun kesum.

Macam sis cakap pada awal tadi, lain orang lain cara masak tapi tak salah nak mencuba cara masakan orang lain untuk melihat sama ada sedap atau tidak. Kalau sedap, boleh mix and match cara orang lain dan cara kita.

Begitulah proses belajar memasak. Observe, try and error!

Bahan-bahan

  1. Bahan A (kisar)
    – Kunyit besar ibu jari
    – Bawang merah 1 biji besar (kalau sederhana 2 biji, kalau kecik2 4 biji)
    – Cili padi 6 batang (nak pedas letak 15. Nak extra pedas letak segenggam)
    – Cili besar 2 batang
    – Secawan air
  2.  Bahan B
    – Serai 1 batang.
    – Tempoyak dua sudu.
    – Daun kunyit dua helai dihiris halus.
    – Ikan patin seekor.
    – Timun jepun sebatang yang dibelah tengah, buang biji tengah dan dipotong mengiring.
    – Air masak empat cawan besar tapi kalau cair, kurang dari empat cawan tu pun okay. Agak agak je!

Cara penyediaan

  1. Bahan kisar tadi, masukkan dalam kuali sekali dengan air, serai dan hirisan daun kunyit.
  2. Masukkan tempoyak.
  3. Gaul hingga menggelegak.
  4. Masukkan gula gerek. Kalau nak masukkan gula putih pun boleh cuma rasa akhi akan lain sikit.
  5. Masukkan garam dan perasa.
  6. Masukkan timun.
  7. Kacau sehingga menggelegak.
  8. Masukkan potongan ikan patin.
  9. Siap dan hidangkan!

Tip versi menumbuk…

Bahan kisar tadi kalau nak tumbuk pun boleh tapi ikut kerajinan. Kalau anda rajin untuk tumbuk bahan kisar tadi, tempoyak tu gaul terus dengan bahan tumbuk dalam lesung. Barulah masuk ke dalam kuali and campur bersama air sebab rasa dia akan jadi lain. Semestinya lebih umph!

Apa itu gula gerek?

Bagi yang tak tahu apa itu gula gerek, rujuk pada video di bawah. Selamat mencuba ye girls!

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Lepas Cuba Tiru Gaya Masak Sugu Pavithra, Wanita Ini Bongkar Sesuatu

Resipi Daging Stik Ala-Ala Gordon Ramsay

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna