Resepi Simple Masak Nasi Arab Ala Malaysia Untuk ‘Newbies’

Sajian Arab sememangnya digemari ramai dan telah menjadi antara trend masyarakat di negara ini untuk mencuba merasainya terutama Nasi Arab.”

Rasa sekali pasti nak lagi. Itulah yang dapat digambarkan tentang kelazatan Nasi Arab yang selalunya dihidangkan bersama ayam, daging atau masakan kambing. Hidangan ini memang tidak disangkal kadangkala harganya agak mahal tetapi masih dicari orang kerana keenakannya yang menepati cita rasa. Apa kata cuba hasilkan sendiri menu Nasi Arab ini mengikut lidah Malaysia, pasti lebih terangkat.

Ya, ramai kata yang untuk membuat Nasi Arab sangat renyah dan susah. Hanya orang yang berpengalaman atau hebat memasak sahaja yang boleh menghasilkan menu ini dengan sempurna. Sebab itu kenapa nasi arab dijual dengan harga yang mahal bagi setiap set. Khas untuk anda yang ‘newbies’ cuba hasilkan Nasi Arab Ala Malaysia yang ringkas dan mudah ini.

Sumber Foto: archanaskitchen.com

RESEPI NASI ARAB

Bahan-Bahan

3 sudu besar rempah sup (jenis serbuk)
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak
4 1/2 cawan beras basmathi
8 cawan air rebusan ayam
Pewarna kuning/oren
cili besar hijau & merah
3 bawang besar dibelah empat

*Bahan Untuk Kisar (untuk tumis nasi dan perap ayam panggang)
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 inci halia

Cara masak nasi (menggunakan periuk nasi):

Panaskan minyak dan cairkan minyak sapi. Tumis bahan bahan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga kemudian masukkan bahan kisar. Masukkan juga rempah sup yang dibancuh dengan sedikit air. Tumis sehingga naik baunya. Pindahkan bahan tumis tadi kedalam periuk nasi. Kemudian masukkan air rebusan ayam dan tutup periuk. Biar mendidih dan masukkan beras. Apabila nasi masak,  titiskan perwarna oren/kuning di atas nasi beberapa bahagian.

 

RESEPI AYAM PANGGANG

Sumber Foto: linsfood.com

Bahan-Bahan (*kisar)

1 ekor ayam
3 inci halia
3 sudu besar rempah sup
3 sudu kecil serbuk cili jenis halus
1 sudu teh lada hitam
1 sudu kecil kunyit serbuk
3 sudu besar yogurt
Sedikit garam /gula
Sedikit butter dicairkan.

Cara Panggang Ayam

Semua bahan dikisar dan gaul rata pada ayam. Perap lebih kurang 3 hingga 4 jam. Ketika proses memanggang ayam sekali sekala sapu butter cair  pada kulit ayam nampak garing dan cantik.

 

RESEPI SALSA TOMATO

Sumber Foto: azianhasan.com

Bahan-Bahan (Gaul semua bahan)

7 biji tomato dipotong dadu kecil kecil & sebiji tomato dikisar halus
1 ulas bawang besar
1 biji cili merah dipotong dadu
3 biji cili padi dihiris nipis
4 sudu perahan lemon
2 sudu besar gula
Sedikit garam

Sumber: enyabdullah.com

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Comments

  1. Reply

    aduuhh meriahnye ….. tetiba rasa lapor le pulak. thanks for sharing resepinya ya 🙂

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna