Resipi ‘French Fries’ Mudah dan Viral

Seperti yang kita saksikan sendiri, semua kedai ataupun pusat membeli belah mula untuk tutup operasi awal. Sampaikan lepas sahaja waktu bekerja, habis tidak mempunyai kesempatan langsung untuk kita membeli barangan, makanan ataupun memenuhi keinginan makan.

Biasalah manusia ini, mengandung ke tidak, tetapi mempunyai perasaan mengidam akan sesuatu untuk dimakan. Jika tidak dapat atau tidak mempunyai kesempatan untuk mendapatkan sesuatu yang diidamkan itu pula, aduhai perasaan kecewanya sehingga boleh membawa ke dalam mimpi!

Hari ini Donna mahu kongsikan kepada anda semua satu resipi yang mudah dan viral dalam kalangan rakyat Malaysia. Jika, tidak sempat untuk mengisi keidaman itu, maka usah berputus asa, kita buat sendiri! Resipi ini dikongsikan disebuah laman Facebook milik  Nor Fazira.

Bahan Yang Diperlukan:

  •  4 atau 5 biji kentang
  • Daun sup yang dicincang
  • Bawang besar yang sudah dicincang
  • Sedikit lada hitam
  • Sedikit Garam
  •  8 sudu besar tepung jagung
  •  1 sudu besar tepung beras

Cara-Cara Memasak:

Langkah yang pertama adalah, anda boleh rebus dan hancurkan kentang terlebih dahulu sehingga ia menjadi lumat. Setelah lumat, campurkan kentang dengan semua bahan dan gaulkan sehinnga sekata dan sama rata.

Foto:bidadari.my

Seterusnya, lenyekkan adunan kentang tersebut ke atas sebuah plastik bersih yang besar sehingga nipis. Jangan sampai terlalu nipis ya! Cukup ketebalannya untuk dijadikan seperti bersaiz kentang goreng biasa.

Foto:Bidadari.my

Sudah selesai? Bagus! Next, anda potongkan kentang tadi dengan panjang seakan-seakan jari dewasa. Pilihlah beberapa banyak yang anda mahu goreng dan selebihnya boleh disimpan dalam peti ais sejuk beku.

Foto:Bidadari.my

Gorengkan kentang tersebut dalam api yang sederhana dan biarkan ia sehinnga bertukar warna keperangan. Itu tandanya kentang anda sudah masak dan ranggup untuk dimakan!

Kongsikan gambar masakan anda kepada Donna dan bila dah cuba, komen sikit apa rasanya!

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Bidadari.my

 

 

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna