Resepi Ayam Panggang ‘Simple’ Tapi Sedap

Kepada penggemar ayam panggang, anda pasti tertanya-tanya apakah bahan yang digunakan untuk perapan ayam supaya rasanya setanding dengan ayam panggang berjenama terkenal lain. Kalau tanya orang kedai, memang tidaklah mereka nak kongsi rahsia kan. Jangan risau, sebab Donna akan kongsikan bahan rahsia perapan ayam panggang paling sedap! Hiks.

Sumber: butterkicap

Bahan-bahan

  1. Ayam (Bahagian peha)
  2. 2 sudu besar lada hitam yang ditumbuk halus
  3. 2 sudu besar sos tiram
  4. Seulas bawang putih yang ditumbuk
  5. 2 biji bawang merah yang ditumbuk
  6. ½ inci halia yang ditumbuk
  7. 1 ½ sudu kecil sos ikan

Cara-Cara:

  1. Campurkan kesemua bahan dan perap ayam dalam peti sejuk selama 10-15 minit.
  2. Kemudian, masukkan ayam yang telah diperap ke dalam pinggan
  3. Kemudian, tutup menggunakan tin foil.
  4. Masukkan ke dalam ketuhar selama 15-20 minit dengan suhu yang tinggi.

Mudah bukan? Anda boleh mencuba di rumah dan jamukan untuk keluarga. Hidangan ini sesuai untuk anda yang baru saja pulang dari kerja kerana ia cepat, mudah dan sedap!

 

Dapatkan pelbagai promosi menarik di Seng Heng dengan hanya klik link ini.

 

 

 

 

Sumber: media maklumatbutterkicap

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna