Remaja Lelaki Lontar Mercun Mohon Maaf Pada Uncle Dalam IG Live

Menganggu ketenteraman orang adalah perkara yang sangat tidak bermoral dan tidak patut dilakukan. Malahan dengan adanya media sosial ini, segala perkara yang tak bermoral jadi tontonan umum atas kerana si pelaku sendiri yang meletakkannya di media sosial. Di dalam tweet dari tweethandle bernama @InjangNation, dapat dilihat seorang individu yang tanpa segan silunya merakam perbuatan tidak bermoral dengan menganggu ketenteraman orang.

Beruk ni dah kena tangkap belum? pic.twitter.com/to2aiIRnLn

— Abang Baby (@InjangNation) May 19, 2020

Video yang disertakan dengan tweet “ Beruk ni dah kena tangkap belum?” itu menunjukkan seorang individu menaiki motorsikal memberhentikan motorsikalnya di tengah jalan raya dan membakar mercun dan membalingnya ke arah individu yang sedang berjalan di kawasan pejalan kaki. Rude!

Baca: AJ+ Salahkan Malaysia Kerana Tidak Terima Pelarian Rohingya?

Ini menimbulkan kemarahan netizen kerana perkara tersebut adalah sangat kurang ajar dan tiada moral. Walaupun ianya bukanlah mercun yang kuat seperti mercun ketupat atau mercun bola, namun ianya tetap menimbulkan kegusaran buat individu yang berjalan kaki tersebut. Rata-rata netizen geram dengan individu tersebut dan mula memberi maklumat tentang siapakah individu tersebut.

Individu yang mengganggu ketenteraman awam itu meletakkan video tersebut di dalam instagram story miliknya sendiri dan menyebabkan ramai yang mula mengecam dan ingin menyerangnya di laman sosial tersebut. Pelbagai reaksi netizen yang dapat dilihat seperti tidak berpuas hati dan tidak faham kenapa dia pergi viralkan kelakuannya yang jelas sekali biadap itu. Selain itu ada yang mengatakan “Beruk tak macam ni, Ni setan” dan banyak lagi.

Di sebalik diri anda yang sudah menjadi dewasa seperti individu tersebut, semestinya dapat berfikir tentang di mana baik dan buruk dalam sesuatu perkara. Jangan mudah membuat perkara tidak menggunakan otak sebegini dan tayangkan  pula dalam dunia internet kerana ianya hanya akan membawa kesan buruk kepada diri sendiri.

Foto:Twitter

Tidak lama selepas menjadi viral dan mendapat makian hebat dari netizen, remaja ini tampil memohon maaf kepada uncle yang menjadi mangsa lontaran mercunnya itu. Bukti permohonan maaf tersebut dilakukan dalam IG live remaja tersebut dengan menunjukkan kehadiran mangsa dalam video itu.

Belajarlah untuk bergurau dengan tidak melampaui batas. Cubalah fikir dik oi, kalau dibuatnya lelaki tersebut mempunyai lemah jantung atau terjatuh akibat terperanjat dan sebagainya? Mampu nak tanggung? Apalah salahnya jaga sikit tingkah laku itu apabila berada di luar perhatian kedua orang tua? Tak pasal pula akibat perangai tidak matang diri sendiri, nanti orang tua kita pula mendapat nama buruk!

 

Baca juga:

Ini Senarai Garis Panduan Solat Jumaat & Solat Sunat Aidilfitri Yang Harus Dipatuhi Oleh Negeri Perak

4 Tip Mudah Berjimat Cermat Beli Baju Raya

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna