“Rekaan Bahagian Lengan Baju Ni Menceritakan Kisah Neelofa…” – Rizalman

Anugerah Influencer Awards Monaco yang direalisasikan oleh Pauline Ducruet iaitu anak sulung kepada puteri Monaco sejak Oktober tahun lepas dan telah menyerahkan sebanyak 27 anugerah secara keseluruhan. Sayangnya, pada tahun lepas pelakon dan usahawan terkemuka tanah air, Neelofa tidak tercalon dalam apa-apa kategori tetapi hadir sebagai tetamu jemputan saja.

Pada tahun ini, kejutan buat diri Neelofa  dan peminatnya apabila dia berjaya merangkul trofi Anugerah Influencer Awards 2019 Monaco dalam kategori Usahawan tapi itu cerita semalam. Hari ini kami ingin membongkar penampilan artis berdarah Kelantan ini ketika menghadiri majlis tersebut. Jangan ingat putih sebarang putih dan corak sekadar hiasan.

Mana tidaknya, nama pun ikon fesyen, setiap busana yang diperagakan mestilah bukan sebarang rekaan. Pasti ada maksudnya tersendiri. Lebih-lebih lagi menghadiri sebuah majlis gilang-gemilang dimana ramai individu yang terpengaruh berkumpul. Kenalah vogue! Betul tak?

Jadi, pada malam itu Neelofa atau lebih mesra dengan panggilan Lofa telah menggayakan busana hasil dari air tangan rekaan dari pereka fesyen terkenal iaitu Rizalman. Fuh! Ingatkan Lofa menyarung baju dari rekaan pereka luar negara tapi apa maksud di sebalik maksud baju tersebut?

Menurut Rizalman, rekaan corak pada bahagian lengan busana tersebut menceritakan detik-detik kisah hidup Lofa daripada namanya mula naik sejak menceburi bidang usahawan lagi iaitu Lofa Lens, produk kesihatan kemudian diikuti menjadi board director Air Asia dan pencapaiannya yang lain sehingga kini.

Penerangan ringkas dari Rizalman…

Wow! Salutelah Rizalman dengan satu baju, beliau menggabungkan kesemua sekali tentang kejayaan Lofa. Patutlah baju putih ini seperti ada auranya tersendiri. Pasti memerlukan perincian yang teliti.

Kalau dah berjaya hingga ke antarabangsa dan mempunyai personaliti yang cantik, pakailah apa pun pasti mampu menarik perhatian sesiapa saja! Semoga Neelofa terus menjadi inspirasi kepada wanita di luar sana.

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

 Tahniah! Neelofa Diiktiraf Entrepreneur Influencer Awards 2019 Monaco ,

‘Memang Susah Nak Jadi Perempuan- – Neelofa

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna